Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Haqiem Rusli Terkejut A Aida Ditidurkan ICU, Ada Darah Beku Di Jantung Dan Paru-Paru

by Puteri Alia
September 26, 2025
Share on Facebook

Penyanyi popular Haqiem Rusli meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu penerbit terkenal, Datuk A Aida kini sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital selepas rebah, semalam. Haqiem, 27, yang pernah bekerjasama dengan A Aida menghasilkan lagu Mimpi untuk drama Bidadari Salju, mendoakan agar kesihatan wanita itu segera pulih.

“Saya benar-benar terkejut dengan berita ini. Saya doakan Datuk A Aida segera diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui di Balai Berita semalam bagi mempromosikan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-37 menerusi program Melodi.

Mengimbau kerjasama mereka hampir lima tahun lalu, Haqiem berkata projek lagu Mimpi berlaku dalam keadaan tergesa-gesa kerana drama sudah siap ditayangkan tetapi runut bunyi masih tiada. “Saya masih ingat, beliau hubungi saya kerana drama sudah siap jalan, tetapi runut bunyi belum ada. Lirik sudah ditulis olehnya, jadi saya hanya perlu hasilkan melodi. Alhamdulillah, walaupun dibuat dalam masa singkat, lagu Mimpi mendapat sambutan luar biasa sehingga kini sudah meraih lebih 30 juta tontonan di YouTube. Saya akui, A Aida sangat berbakat sebagai penulis lirik. Saya memang sukakan karya tulisannya,” katanya.

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut mengenai keadaan A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, yang ditidurkan sejak semalam selepas menjalani rawatan fisioterapi. Menurut laporan Harian Metro memetik kenyataan bekas suaminya, Ameng, pemeriksaan mendapati terdapat darah beku pada jantung serta paru-paru penerbit itu, selain bacaan oksigen rendah sekitar 30 hingga 35.

Topik Berkaitan Anak A.Aida Bimbang Dengan Aurat Ibu, "Please Faham Perasaan Anak Ini"

Difahamkan, A Aida baru sahaja menjalani prosedur pembedahan lutut pada Selasa lalu, namun tidak sedarkan diri pada pagi semalam sebelum dibawa ke hospital. Beliau kini ditidurkan selama 72 jam bagi membolehkan tubuhnya berehat sementara pihak hospital memantau rapat perkembangannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
a.aidahaqiem rusli
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Lepas Bercerai Je Tudung Terbang”- Isa Khan Kongsi Nasihat

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Dalam kehidupan, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bangkit selepas melalui fasa sukar. Begitu juga dengan wanita yang melalui perceraian,...

Read moreDetails
Foto - @norreen143 (Threads)
Spotlight

Tanggal Tudung, Hantaran Norreen Iman ‘Diserang’ Netizen- “Cerai Je Hilang Tudung”

by Nurul A.
July 13, 2026

Nampaknya teka teki mengenai pelakon Norreen Iman tidak lagi mengenakan tudung sudah terjawab. Berdasarkan hantaran terbarunya di platform Threads dan...

Read moreDetails
Spotlight

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha...

Read moreDetails
Spotlight

Sid Sriram Kembali ‘Take Over’ KL, Heart & Soul 4.0 Dijangka Gegar Unifi Arena

by Phic ARMAN
July 17, 2026

Sid Sriram bakal kembali menemui peminat Malaysia menerusi Heart & Soul 4.0 Live in KL 2026, dan kalau melihat rekod...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Spotlight

Ikuti JENNIE Meneroka Percintaan Musim Panas Dalam “Less than a Lover”

by Nurul A.
July 25, 2026

JENNIE, ahli BLACKPINK, baru sahaja mengeluarkan lagu baharunya iaitu "Less than a Lover". Ia merupakan sebuah balada pop alternatif yang...

Read moreDetails
Foto - @erling (IG)
Spotlight

Selain Model Rusia, Pempengaruh Malaysia Ini Juga Dikatakan Mirip Erling Haaland

by Nurul A.
July 8, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland menjadi tumpuan selepas seorang model Rusia, Anastasia Kostromitina didakwa memiliki wajah yang sangat mirip...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Foto - @cristiano (IG)
Spotlight

Rasa Tertipu! 2000 Peminat Sangka Cristiano Ronaldo Kahwin Rupanya Pengantin Lain

by Nurul A.
August 11, 2026

Seramai 2000 peminat berhimpun di luar sebuah gereja untuk menyaksikan perkahwinan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez....

Read moreDetails
Foto - @movielinkmv (IG)
Korea

Dirancang Atau Ejen 66 Benar-Benar Mati?- Ini Penjelasan Ending ‘Agent Kim Reactivated’

by Nurul A.
July 27, 2026

Selepas berminggu-minggu penonton beremosi menunggu episod 'Agent Kim Reactivated' dikeluarkan di Netflix, akhirnya pada minggu lepas siri drama Korea ini...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Wanita Luah Kecewa Pasangan Curang Dengan Isteri Orang, Abby Abadi Titip Nasihat

by Nurul A.
June 30, 2026

Komen pelakon Abby Abadi di platform Threads sekali lagi mencuri perhatian apabila dia menitipkan pesanan kepada seorang wanita yang meluahkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

  5. 5

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara