Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Agoda Umumkan Senarai Destinasi Paling Popular Di Malaysia Dalam Kalangan Pelancong Thai

by Aphit J.
June 15, 2024
128
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun sudah menjadi laluan yang sering dilalui, sambungan antara Thailand dan Malaysia telah bertambah baik baru-baru ini dengan penambahan laluan penerbangan dan sambungan bas.

Memudahkan Pelancong Thai Ke Malaysia

Ini adalah berikutan pengumuman daripada Menteri Pengangkutan Malaysia yang membenarkan bas pelancongan dengan pendaftaran Thailand memasuki Malaysia selepas membuat permohonan.

Ini memudahkan ketibaan pelancong Thai ke Malaysia dengan menaiki bas.

Data carian penginapan Agoda untuk bulan Mei menunjukkan Kuala Lumpur mendahului destinasi-destinasi Malaysia yang lain dengan jumlah carian tertinggi oleh pelancong Thai.

Pulau Pinang dan Johor Bahru juga mendapat jumlah carian yang tinggi, menandakan minat yang semakin meningkat terhadap destinasi pelancongan di Malaysia.

Destinasi Popular Bagi Negara Thailand

via Agoda

Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, Malaysia sememangnya merupakan  destinasi popular bagi negara jiran, Thailand sejak turun-temurun lagi.

Dengan penambahan pilihan pengangkutan, mereka berharap agar lebih ramai pelancong Thai akan bercuti di Malaysia untuk menikmati pelbagai tarikan yang unik, makanan yang lazat, bersertakan  kemesraan Malaysia.

Pelancong Thai boleh menerokai pelbagai destinasi Malaysia yang menarik, merangkumi tarikan di bandar raya Kuala Lumpur yang meriah sehinggalah ke Pulau Langkawi yang indah.

Dengan adanya tawaran bernilai hebat untuk  tempat-tempat penginapan, penerbangan dan aktiviti liburan, Agoda sentiasa bersedia untuk membantu para pelancong Thai dan Malaysia untuk bercuti dengan mudah dan lancar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
Airbnb Dedah Malaysia Negara Paling Dikunjungi oleh Tetamu Airbnb Tempatan Pada 2024
MalaysiaThailand
https://lomp.at/48jvm
Share51Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem