Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dibayar Konon Hanya Sebagai ‘Peneman’ Datuk-Datuk, Puteri Sarah Ditawar RM15 Ribu Ke Arah Kemaksiatan

by Puteri Alia
June 21, 2024
311
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, baru-baru ini mendedahkan pengalaman mengejutkan apabila dia ditawarkan RM15,000 oleh seorang individu yang menyamar sebagai pelakon Nadia Brian.

Tawaran tersebut bertujuan untuk menjadi ‘peneman’ seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’.

Dalam sidang media drama bersiri, Polis Peronda, yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Puteri Sarah menceritakan bagaimana dia mula curiga apabila menerima mesej daripada individu yang mengaku dirinya Nadia.

Individu tersebut bertanya mengenai jadual kerja Puteri Sarah, dan pada awalnya, pelakon tersebut tidak mengesyaki apa-apa yang mencurigakan.

“Baru-baru ini, saya terima mesej daripada individu yang mengaku dirinya Nadia dan bertanya mengenai jadual kerja saya. Pada mulanya, saya layan, namun, keadaan bertambah pelik selepas dia minta saya bertemu dengan seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ dari Johor Baharu,” kata Puteri Sarah.

Puteri Sarah menjelaskan bahawa dia menyangka lelaki yang dimaksudkan adalah seorang penerbit. Namun, dia mula merasa tidak selesa apabila individu tersebut menetapkan syarat ‘no video no photo’ (tidak dibenar merakam video atau foto pada perjumpaan itu).

“Dia hanya minta saya temani ‘Datuk’ itu minum kopi dengan bayaran RM15,000. Selepas permintaannya ditolak, dia meminta nombor pelakon lain pula untuk dihubungi,” tambahnya.

Demi memastikan kesahihan identiti individu tersebut, Puteri Sarah menghubungi Nadia Brian. Ternyata, individu terbabit adalah seorang ‘scammer’ yang menggunakan foto Nadia untuk memperdayakan Puteri Sarah.

“Disebabkan ‘blur’, saya tidak periksa betul-betul adakah nombor itu milik Nadia. Saya cuma nampak dia menggunakan foto Nadia. Apabila dihubungi Nadia, dia beritahu, nombor telefon peribadinya berbeza,” jelas Puteri Sarah.

Tidak mahu membiarkan kegiatan ‘scammer’ itu berlarutan, Puteri Sarah yang kini membintangi drama Andai Itu Takdirnya segera membuat laporan polis. Kebetulan, ketika itu dia sedang menjalani penggambaran Polis Peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Puteri Sarah Hantar Bodyguardnya Jaga Bella Astillah? Pakai Serba Putih Teman Syed Saddiq

“Polis kemudian mengesahkan itu perbuatan ‘scammer’ yang mencuri maklumat daripada telefon milik Nadia,” katanya.

Pendedahan Puteri Sarah ini bukan sahaja memberi amaran kepada rakan-rakan selebriti, malah kepada masyarakat umum mengenai bahaya dan liciknya taktik ‘scammer’ dalam memperdayakan mangsa mereka.

Beliau berharap tindakan pantasnya membuat laporan polis dapat membantu membanteras kegiatan tidak bermoral ini dan memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam berurusan dengan individu yang tidak dikenali.

What’s your Reaction?
+1
8
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
nadia brianputeri sarahscammer
https://lomp.at/u6fnf
Share124Tweet78SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem