Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kumpulan Dukes Perkenalkan Diri Dengan Laila

by Aphit J.
June 22, 2024
Share on Facebook

Sebuah lagi kumpulan kugiran menyertai persada seni muzik negara dengan menggunakan nama ‘Dukes’.

Membawa Muzik Berentak Rock

via Sony Music Malaysia

Membawa muzik berentak rock, kumpulan ini berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan ditubuhkan di Universiti Malaya pada penghujung 2022.

Pernah melancarkan lagu berjudul ‘Girls’ pada Ogos 2023, kini mereka muncul dengan sebuah lagi karya baharu berjudul ‘Laila’.

Laila adalah sebuah lagu fantasi romantis yang meluahkan perasaan suka yang sangat dalam buat seorang gadis bernama Laila.

Liriknya menggambarkan perasaan penyanyi yang terpegun dengan kecantikan serta keunikan keperibadian Laila sambil berkhayal mengimpikan saat bergurau senda bersama dengan rasa penuh kasih sayang.

Mengisahkan Keperibadian Seorang Individu

via Sony Music Malaysia

Korus lagu ini menekankan keinginan untuk mengulangi detik-detik manis tersebut manakala melodinya mencerminkan mimpi penyanyi yang tidak habis-habis memikirkan dan terbayangkan Laila dalam mindanya.

Kumpulan yang dianggotai Ziggy (penyanyi), Rayyan (gitar utama), Jimbo (gitar ‘rhythm’) Umar (pemain bass) dan Cheng Wei selaku pemain deram ini sangat teruja dengan karya mereka ini.

Semestinya mereka berharap lagu ini akan diterima baik oleh semua pendengar sebaik sahaja dilancarkan namun yang paling penting supaya semua boleh merasai dan memahami maksud lagu serta liriknya.

Telah dikeluarkan pada tarikh 21 Jun 2024, ‘Laila’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dukes
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara