Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tetap Kukuh Sebagai Penyanyi Balada Terkemuka, Bob Yusof Hadir Dengan ‘Enigma’ Cinta Tragis Dua Darjat!

by Aphit J.
June 29, 2024
Share on Facebook

Nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan, Bob Yusof atau senang dikenali sebagai Bob Mesra kini tampil dengan single terbaharu yang berjudul ‘Enigma’.

Runut Bunyi Drama

Single ini merupakan single pertama beliau bersama Alternate Records yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama Dua Darjat menerusi slot Akasia yang sedang ditayangkan di TV3.

Memulakan kariernya melalui satu pertandingan realiti televisyen, Bob terkenal dengan kekuatan vokalnya dalam membawakan lagu-lagu balada dan etnik.

‘Enigma’ menandakan kembalinya Bob Yusof mengubat hati peminat yang rindukan keunikan suaranya.

Lagu ini merupakan buah tangan kedua Bob Yusof selepas kolaborasi pertama bersama Alternate Records bagi lagu Tera Tari yang dijayakan bersama artis Singapura.

Lagu hasil ciptaan oleh Ikhwan Fatanna & Wan Saleh dan lirik ditulis sendiri oleh Ikhwan Fatanna, lagu ‘Enigma’ adalah sebuah balada yang sarat dengan emosi dan keindahan melodi yang mengiringi jalan cerita drama Dua Darjat.

Kisah Cinta Tragis

via KOSMO Digital

Lebih dari sekadar lagu tema biasa,  ’Enigma’ menjelma menjadi narator kisah cinta tragis yang terjalin di antara dua insan yang terhalang oleh jurang perbezaan status.

Disebalik alunan melodinya yang mendayu, Bob berjaya membawa pendengar menyelami pergolakkan hati dari impak buruk yang timbul dari rasa mudah mengalah dalam percintaan.

Genre balada yang diibaratkan seperti makanan kepada Bob Yusof, menjadi pilihan komposer dan penulis lirik, Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.

Mengukuhkan Reputasi Bob

via Gempak

Kolaborasi ini yang telah lama dinantikan oleh kedua-duanya, akhirnya  berjaya ditunaikan oleh Ikhwan Fatanna dengan sentuhan magis kepada lirik dan melodi yang mampu menggetarkan jiwa pendengar.

Lagu ini bukan sahaja memenuhi harapan Bob Yusof, tetapi juga memperkukuhkan lagi reputasi beliau sebagai penyanyi balada terkemuka dalam industri muzik tempatan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Enigma’ nyanyian Bob Yusof yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian.

Ayuh saksikan Dua Darjat menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bob Yusof
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara