Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Tanggapan Pertama Memegang Oppo Reno 12 5G di Malaysia. Nipis, Ringan & Rekaan Yang Menarik

by Zaidin Albert
July 1, 2024
101
KONGSIAN
Share on Facebook

Oppo merupakan jenama yang tidak asing lagi di pasaran Malaysia. MURAI MY baru-baru ini menerima telefon pintar baharu mereka iaitu Reno 12 5G. Jom kita lihat tanggapan pertama kami apabila kita UNBOXING Reno 12 5G untuk kali yang pertama.

Setelah membuka kotak, ini yang kami temui di dalamnya:

Sudah pastinya, anda akan menemui 
Reno 12 5G dibalut kemas dengan rekaannya yang sangat nipis dan juga “curved screen”nya yang kelihatan sangat elegan. Saya akan bercerita lebih panjang lebar selanjutnya.

Seterusnya adalah panduan ringkas, arahan, untuk mendapatkan cara-cara menggunakan telefon secara basic dan juga pin untuk kad SIM.

Pengecas

Apabila kami mengeluarkan Reno 12 5G ini, apa yang mengejutkan ialah kami mendapat kepala pengecas yang agak besar kerana ia adalah OPPO’s 80W SUPERVOOC Flash. Walaupun pengecas ini adalah satu aksesori yang biasa tapi ia agak jarang pada masa kini.

Malahan telefon yang bernilai RM5, 000 dan ke atas pun tidak disertakan. Lebih mengejutkan kabel telefon pintar yang disertakan di dalam kotak ini adalah bukan type C, tetapi USB biasa.

Sentuhan pertama

Sebaik saja kami memegan Reno 12 5G ini saya agak kagum dengan “curved screen” 3D 120Hz. Dengan bezel yang hanya 1.56mm, skrin 3D dual-curved baru Reno12 berukuran 6.7 inci. Telefon ini memang nipis. Keseluruhan telefon ini kelihatan sangat premium dari segi rupa dan sentuhan. Telefon pintar ini juga agak berat tetapi tidaklah begitu ketara tetapi nampak sangat kukuh binaannya.

Pandangan Pertama

Apabila saya menhidupkan Reno 12 5G ini, saya amat tertarik dengan paparan warna skrin yang amat jelas dan terang sekali. Ini kerana skrin yang menawarkan 2412 × 1080, 394 PPI.

Pengunaan

Semasa saya menguji Reno 12 5G untuk waktu yang singkat, saya telah menggunakan 3 aplikasi kegemaran saya yang disertakan dengan telefon pintar ini:

Youtube | Skrin melengkung meningkatkan pengalaman menonton video. Warna pada skrin ini juga benar-benar menonjolkan semua butiran video.

Royal Match | Ketika bermain dengan permainan Royal Match, saya mendapati bahawa kenipisan telefon pintar ini dapat menunjukan kelemahnya sedikit. Saya sentiasa perlu pegang peranti ini dengan lebih berhati-hati kerana berasa seperti ia akan tergelincir dari tangan saya pada bila bila masa sahaja.

Kamera |  Walaupun datang dengan Sistem Kamera Reno12 yang sangat jelas. Dengan zoom 0.6×, 1×, dan 2×. Saya mendapati ia agak biasa sahaja. Tetapi telefon pintar ini datang dengan satu ciri OPPO’s AI Eraser yang dapat yang mampu menghapuskan “photobomb” seperti tiang lampu, tong sampah, atau gangguan lain untuk menjaga foto anda bersih dan bebas gangguan. Tidak perlu lagi untuk meminta orang awam Facebook untuk menyunting gambar anda yang seterusnya dijadikan meme.

Ketersediaan

Oppo Reno 12 dan Reno 12 Pro tersedia didapatkan pengguna yang berminat bermula sekarang. Hanya ada satu varian yang ditawarkan untuk Reno 12 dan Reno 12 Pro, dan berikut adalah harga rasminya di Malaysia:

  • Oppo Reno 12 (RAM 12GB dan storan 512GB) – RM2,199
  • Oppo Reno 12 Pro (RAM 12GB dan storan 512GB – RM2,599

Sempena pelancarannya, Oppo turut menawarkan promosi menarik dengan diskaun RM100 khas untuk pembelian dari 27 Jun hingga 7 Julai 2024. Selain itu, pembelian sehingga 31 Julai turut akan disertakan dengan hadiah bernilai sehingga RM1,848 berupa fon putik Oppo Enco Air 3, jaminan skrin 1 tahun dan jaminan nilai telefon bernilai RM1,300 untuk Reno 12 Pro.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
oppoReno 12 5G
https://lomp.at/62sk6
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem