Monday, July 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anak Buat Kejutan Di Sekolah, Azharina Terharu Dengan Tindakan Anaknya

by Aphit J.
July 13, 2024
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu hantaran milik penyanyi Azharina Azhar baru-baru ini di Instagram telah mendapat perhatian warga net.

Anak Melakukan Kejutan

Dalam hantaran tersebut, Azharina menunjukkan ‘moment’ dimana anak angkatnya, Rahmat Azharin Aziz melakukan satu kejutan istimewa buat dirinya dengan menyanyikan lagu You Are My Sunshine sempena minggu Bahasa Inggeris di sekolahnya.

Azharina yang mana pada hari tersebut hadir ke sekolah anaknya itu untuk memberi kata-kata motivasi kepada pelajar tahun empat, lima dan enam bersempena minggu Bahasa Inggeris berkenaan.

Menurut Harian Metro, Azharina terkejut apabila anaknya itu masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan olehnya sebelum tidur.

Saya sangat terkejut apabila Rahmat masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu You Are My Sunshine yang juga lagu wajib yang dinyanyikan untuk anak-anak sebelum tidur.

Allah saja yang tahu perasaan saya masa itu. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Anak yang saya jaga dan sayang sejak lahir boleh buat kejutan macam itu.

Kejutan Luar Biasa

via Instagram Azharina

Mengenai anak sulungnya itu, kata Azharina, ia juga kali pertama dia melihat Rahmat berani menyanyi di hadapan orang ramai.

Seperti yang anda semua tahu, Rahmat adalah anak istimewa dan menghidap disleksia yang Allah hadirkan dalam hidup saya.

Jadi, kejutan yang dibuat oleh Rahmat ini sangat luar biasa. Saya sendiri terkejut kerana dia berani menyanyi di hadapan ramai orang. Dia menyanyi sambil pegang tangan dan pimpin saya ke atas pentas.

Sebelum ini, memang saya tahu dia boleh menyanyi tapi di hadapan orang yang dia rapat saja

Menurut Azharina lagi, karakter dan sifat yang ada pada diri Rahmat adalah seorang yang ceria, penyayang dan sangat melindungi ahli keluarga.

Azharina
https://lomp.at/1h46p
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Awie Minta Amy Search Jelaskan Isu Kontroversi, Penat Namanya Terpalit

by Aphit J.
July 13, 2025

Sebelum ini, Shila telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert....

Read more
Lokal

Video Sindiran Nabila Huda Undang Tanda Tanya, Komen Pak Nil Jadi Perhatian!

Sebelum ini pelakon terkenal Nabila Huda mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya yang dilihat...

Read more
by Aphit J.
July 13, 2025
Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem