• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kecoh Pernikahan Laudya Cynthia Bella Dengan Ustaz Nuzul Dzikri Ternyata Palsu

by Puteri Alia
July 29, 2024
Share on Facebook

Baru-baru ini, dunia maya digemparkan dengan khabar angin yang mendakwa bekas isteri Engku Emran, Laudya Cynthia Bella, telah bergelar isteri ketiga kepada pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Nuzul Dzikri, pada Aidiladha lalu.

Namun, berita tersebut ternyata palsu apabila penyebar berita tampil memohon maaf.

Penyebar berita itu mengambil tindakan segera untuk meluruskan keadaan dengan memohon maaf secara terbuka di akaun Facebook mereka. Dalam permohonan maaf tersebut, mereka menulis:

“Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar. Ini murni kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting yang ternyata berita tersebut tidaklah benar.”

Pemilik akaun tersebut juga bertindak menurunkan hantaran terdahulu berkaitan pernikahan aktres berusia 36 tahun itu bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Mereka juga mengakui tidak menyangka bahawa berita berkenaan akan menjadi viral di media sosial, termasuk dalam kumpulan WhatsApp.

“Status sebelumnya saya turunkan dan kami mohon agar tidak lagi disebarkan,” tambahnya. Pemilik akaun tersebut turut memohon ampun kepada Allah atas kekhilafan yang telah dilakukan.

Sementara itu, Laudya Cynthia Bella dilihat memilih untuk berdiam diri mengenai khabar angin tersebut. Tinjauan ke akaun Instagram aktres itu mendapati beliau menutup ruangan komen, mungkin sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang spekulasi lanjut.

Ini bukan kali pertama aktres itu terpalit dengan khabar angin mengenai pernikahan. Pada tahun 2022, beliau pernah didakwa bernikah dengan seorang lelaki kaya dari Arab yang menetap di Dubai, namun berita itu disangkal oleh pengurusnya.

Laudya Cynthia Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada September 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan mereka bercerai pada Julai 2020. Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Erra Fazira Nikah 12 Disember Ini Dengan Ezwan Zain - "Mohon Doa Dari Semua Supaya Ia Berlangsung Dengan Baik"
engku emranLaudya Cynthia BellaUstaz Nuzul Dzikri
https://lomp.at/qt8sy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Radio Kapal Dipintas Israel, Hazwani Helmi Dedah Lagu Bob Marley Dijadikan ‘Senjata Psikologi’ Dalam Misi GSF

by Puteri Alia
September 30, 2025

Nyaris berpatah balik akibat kerosakan kapal, pempengaruh dan penyanyi Hazwani Helmi mendedahkan mereka sekali lagi berdepan detik mencemaskan apabila radio...

Read more
Berita

INTEAM Hadir Dengan Konsert Skala Besar Pada Februari 2026 Ini

Kumpulan nasyid terkenal, INTEAM hadir dengan sebuah konsert berunsur Islamik dalam skala besar pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena,...

Read more
by Naddy Joe
October 17, 2025
Foto - @normanhakim_786 (IG)
Lokal

[VIDEO] Erra Fazira Kongsi 6 Jam Bergayut Telefon Dengan Mr.E- “Pertama Kali Dalam Hidup…”

Sweetnya! Pelakon-penyanyi Erra Fazira baru-baru ini mencuri perhatian orang ramai apabila dia berkongsikan detik awal perkenalannya dengan bakal suami, Ezwan...

Read more
by Nurul A.
December 8, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Kisah Shah Rukh Khan Gagal Jadi Tentera- “Saya Tak Mahu Potong…”

Sebelum menjadi King of Bollywood, Shah Rukh Khan nampaknya mempunyai impian yang berbeza, iaitu menjadi seorang pegawai dalam tentera India....

Read more
by Nurul A.
November 6, 2025
Foto - @kajol (IG)
Bollywood

Rupanya Ajay Devgn Tak Suka Sikap Kajol Ketika Pertama Kali Jumpa- “Dia Sangat Bising”

Pasangan selebriti Bollywood, Ajay Devgn dan Kajol sudah berkahwin hampir tiga dekad. Walau bagaimanapun, pertemuan awal mereka pada mulanya agak...

Read more
by Nurul A.
October 30, 2025
Lokal

Foto Hospital Tanjung Rambutan Di Instagram Malique Cetus Spekulasi Liar Peminat

Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi dan komposer legenda, Malique Ibrahim, kembali menjadi bualan hangat apabila dia memuat naik foto...

Read more
by Puteri Alia
November 13, 2025
Foto - Variety
Bollywood

Sangat Berbahaya, Pakar Neurologi Dedah Betapa Serius Keadaan Kesihatan Salman Khan

Pelakon popular Bollywood, Salman Khan baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menghadapi beberapa keadaan kesihatan yang serius, termasuklah aneurisme otak...

Read more
by Nurul A.
September 26, 2025
Lokal

Niezam Zaidi Nafi Putus Dengan Fify Azmi, Dedah Masih Ada Perancangan Kahwin Walau Pernah Umum Berpisah

Meskipun sering kelihatan bersama di pelbagai acara dan majlis hiburan, pelakon Niezam Zaidi menegaskan bahawa hubungan akrabnya dengan aktres Fify...

Read more
by Puteri Alia
September 18, 2025
Lokal

“Dia Bukan Ayah Saya, Tapi Suami Ibu Saya” – Puteri Balqis Dedah Siapa Sebenarnya Dua Jejaka Kacak Ini

Pelakon muda berbakat besar, Puteri Balqis akhirnya tampil menjelaskan kekeliruan ramai berhubung dua jejaka yang sering kelihatan bersamanya dalam beberapa...

Read more
by Puteri Alia
October 16, 2025
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

[VIDEO] Kim Kardashian Akhirnya Dedah Sebab Perceraian Dari Kanye West- “Saya Nak Selamatkan…”

Selepas tiga tahun, bintang realiti dan usahawan Kim Kardashian akhirnya membuka mulut, mendedahkan mengapa dia memilih untuk bercerai dengan bekas...

Read more
by Nurul A.
November 3, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore