Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Rupanya Ajay Devgn Tak Suka Sikap Kajol Ketika Pertama Kali Jumpa- “Dia Sangat Bising”

by Nurul A.
October 30, 2025
Foto - @kajol (IG)

Foto - @kajol (IG)

Share on Facebook

Pasangan selebriti Bollywood, Ajay Devgn dan Kajol sudah berkahwin hampir tiga dekad. Walau bagaimanapun, pertemuan awal mereka pada mulanya agak kekok dan kurang selesa. Kajol pernah mengaku dia bercakap buruk tentang Devgn kira-kira 10 minit sebelum mereka bertemu secara rasmi.

“Saya sedang bersiap untuk penggambaran dan bertanya di mana pasangan saya. Kru penggambaran menunjukkan ke arahnya (Ajay), yang duduk kaku di sudut.”

View this post on Instagram

A post shared by Ajay Devgn (@ajaydevgn)

Rupa-rupanya Ajay turut merasakan perkara yang sama. Dia memberitahu bahawa dia tidak suka sikap Kajol ketika pertama kali bertemu, merujuk kepada personaliti mereka yang berbeza.

“Dia lantang, sombong dan banyak bercakap. Pada asasnya, kami adalah dua personaliti yang sangat berbeza. Tetapi saya fikir apa yang telah ditetapkan Tuhan akan berlaku.”

View this post on Instagram

A post shared by Ajay Devgn (@ajaydevgn)

Kajol dan Ajay Devgn mula menjalinkan hubungan pada 1994 iaitu sebaik selepas mereka tamat menjalani penggambaran untuk filem ‘Gundaraj’. Hubungan mereka berkembang secara semula jadi daripada rakan sekerja kepada pasangan kekasih. 

Selepas lima tahun bercinta, pasangan selebriti itu memutuskan untuk berkahwin walaupun mendapat tentangan awal daripada bapa Kajol, Shomu Mukherjee. Dia tidak menyukai anak perempuannya, yang ketika itu berada di puncak kerjayanya berkahwin pada usia muda 24 tahun. 

View this post on Instagram

A post shared by Kajol Devgan (@kajol)

“Ayah saya berkata saya harus fokus pada kerjaya saya. Tetapi ibu saya sangat menyokong hasrat saya dan berkata, ‘Buat apa yang kamu mahu.’ Jadi saya lakukan apa yang saya mahu.”

Ajay Devgn dan Kajol kemudiannya berkahwin pada 24 Februari 1999. Daripada perkahwinan mereka yang berlangsung selama 26 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nysa Devgn dan Yug Devgn. 

View this post on Instagram

A post shared by Kajol Devgan (@kajol)

Walaupun pada mulanya keberatan untuk meneruskan hubungan, Ajay Devgn mendakwa Kajol adalah bahagian terbaik dalam hidupnya. Bersama aktres itu, dia boleh menjadi dirinya sendiri dan melakukan apa sahaja yang dia mahu. 

“Jika saya memerlukan masa bersendirian, dia memberi saya ruang. Begitu juga sebaliknya. Dia tidak pernah mencari masalah dengan saya. Kami mempunyai ikatan yang sangat kukuh sebagai pasangan.”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ajay Devgnkajolnysa devgnyug devgn
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Spotlight

Awie Masuk Dunia Reggae? Kolaborasi Dengan Sasi The Don Cetus Kelainan

by Phic ARMAN
November 19, 2026

Dunia muzik tempatan bakal menyaksikan satu kolaborasi menarik apabila penyanyi reggae dan dancehall terkenal, Sasi The Don, bergabung dengan ikon...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara