Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Geram Difitnah Mahu Tuntut Hak Penjagaan Cucu, Ibu Aliff Aziz Tegas Keluarkan Saman

by Puteri Alia
August 16, 2024
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahi, meluahkan rasa marah dan kecewa selepas difitnah oleh seorang netizen yang menuduhnya ingin menuntut hak penjagaan salah seorang cucunya.

Tuduhan melampau ini telah mencetuskan kemarahan Siti Hafiza, yang berjanji tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Siti Hafiza secara terbuka menegur individu yang menyebarkan fitnah itu dan meminta agar hantaran berkenaan segera diturunkan.

“Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan. Jika tidak, saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” tegasnya.

Siti Hafiza turut menyatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dan bersedia untuk berhadapan dengan pelaku bagi menyelesaikan isu ini. Dia ingin mengetahui dari mana individu tersebut mendapatkan maklumat tidak benar yang disebarkan di media sosial.

“Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia yang kami akan ambil tindakan undang-undang terhadapnya. Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, seorang individu memuat naik hantaran di TikTok menuduh Siti Hafiza mengeluarkan kenyataan bahawa bekas menantunya, Bella Astillah, perlu menyerahkan salah seorang anak mereka kepada Aliff Aziz supaya berlaku adil bagi kedua-dua pihak.

Tuduhan tersebut muncul selepas Hafiza dan Aliff, 33, memuat naik beberapa hantaran di media sosial pada Julai lalu, yang berkongsi luahan rindu mereka terhadap dua orang cucu, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas perpisahan itu, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh terhadap kedua-dua anak mereka kepada Bella.

"Hormatilah Privasi Kami" - Pempengaruh Chazynash Nafi Bercerai Kerana Terpalit Isu CEO Batu

Kes ini menjadi tumpuan ramai apabila ia melibatkan keluarga selebriti terkenal, namun Siti Hafiza tegas dalam pendiriannya untuk melindungi maruah diri dan keluarganya daripada fitnah yang tidak berasas.

Ini juga menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial.

aliff azizAliff Aziz Dan Bella AstillahBella Astillahceraiibu aliff azizruhainies
https://lomp.at/9z2hl
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem