Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Dr. Azizan Bimbang Jika Bangsa Usahawan Bakal Ketinggalan Jauh

by Phic ARMAN
August 23, 2024
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Bangsa usahawan bakal ketinggalan jauh jika pada masa ini tidak menumpukan soal kepimpinan jenama bagi perniagaan masing-masing.

Mentor usahawan merangkap Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, situasi tersebut akan terjadi disebabkan landskap bisnes sudah berubah dengan teknologi kepintaran buatan (Ai) dan digitalisasi.

Katanya, ketika ini sangat mudah untuk sesiapapun nak mula berniaga dalam platform online.

“Dunia perniagaan kini sangat kompetitif yang mana usahawan tak ada pilihan, selain untuk lebih menonjol.

“Kepimpinan jenama bukan hanya mengenai slogan tetapi visi, misi, keterujaan, keaslian yang mana bisnes sentiasa berikan nilai-nilai kepada pelanggan malah masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada The BrandLaureate Bestbrands Awards 2023-2024 di sini, malam tadi.

Tambah Azizan, jenama yang kuat dapat menarik perhatian orang, membina keyakinan, menarik bakat baharu yang berkeupayaan dan memupuk inovasi bagi terus berkembang.

entor Usahawan dan Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman diberi penghormatan untuk menyampaikan ‘insight’ dan ucapan ketika The BrandLaureate Awards, malam tadi.

“RichWorks dalam 16 tahun melatih dan membimbing usahawan dan jenama seperti Sabella, Mamasab, Eskayvie, Noir, Nurraysa, The Raw., Efferty, Ella Furniture dan Andalusia yang menjadikan kisah impian jadi kenyataan dengan asas kepimpinan kukuh.

“Setakat ini, RichWorks telah berjaya lahirkan 390 usahawan capai jualan RM1 juta pertama melalui pementoran Spire dan tahun ini kami nak saksikan 100 usahawan Titanium capai RM10 juta setahun berbanding 65 orang tahun lalu.

“Nasihat saya kepada bangsa usahawan untuk jadikan kepimpinan jenama sebagai kompas dengan nilai-nilai yang sangat berhubung mendalam dengan para pelanggan dan mengetengahkan perbezaan mereka,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azizan yang juga menerima The BrandLaureate Brand ICON Leadership Award 2024 – Great Entrepreneur mengucapkan kesyukuran atas pengiktirafan kerjanya bahkan bukti usaha kolektif keluarga RichWorks bersama bangsa usahawan bimbingan beliau yang berani berimpian untuk bina bisnes berjaya sejak 16 tahun lalu.

Mentor Usahawan dan Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerima Great Entrepreneur Brand ICON Leadership Award daripada The World Brands Foundation malah diberikan penghormatan untuk berucap di hadapan tokoh-tokoh dan organisasi semasa The BrandLaureate Awards malam tadi.

“Usaha dijalankan World Brands Foundation dalam mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan jenama memberikan inspirasi kepada perniagaan di seluruh dunia mencapai tahap lebih tinggi.

“Saya juga berharap agar jenama rakyat Malaysia bukan hanya mampu bersaing bahkan menjadi dominan di peringkat antarabangsa dengan usaha kita semua, insya-Allah,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dr. Azizan
https://lomp.at/ciaho
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem