Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

[VIDEO] Rakyat Teruja Pertama Kali Dengar Suara Tengku Puteri Afzan!-“Suara Persis Bondanya”

by Amirul Fikry
August 28, 2024
2.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Tengku Puteri Afzan merupakan anakanda kesembilan daripada sepuluh adik-beradik, menjadikan beliau sebagai puteri keempat daripada lima puteri kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Walaupun kedudukannya dalam hirarki adik-beradik mungkin tidak sering menonjol, kehadiran dan perwatakannya yang lemah lembut sering kali mencuri perhatian ramai.

Tengku Puteri Afzan memiliki seorang kembar, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Kedua-duanya dilahirkan pada tanggal 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia. Tengku Ahmad Ismail kini menyandang gelaran Tengku Panglima Perang Leftenan Pahang, sebuah gelaran yang menggariskan kepentingan beliau dalam struktur kepimpinan negeri.

Pada 23 Ogos 2024, Puteri Sultan Pahang, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabul dengan pasangan, FD Idzham FD Iskandar.

“Kami Pun Pertama Kali Dengar Suaranya”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sohho_coffee yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 340 ribu, tanda suka sebanyak 17 ribu dan sebanyak 124 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Puteri Afzan yang membeli minuman, kemudian beliau memujinya dengan mengatakan minuman tersebut sangat sedap.

@sohho_coffee

Terima kasih Tengku Puteri Afzan Aminah kerana sudi support fratello coffee di taman tasek kotasas dan, selamat pengantin baru buat Tengku dan suami❤️ #fratellocoffee #tejamarket #tamantasekkotasas

♬ ArTi lagu pernikahan kita – slayyy

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Ramai diantara mereka mengatakan bahawa itu adalah pertama kali mendengar suara Tengku Puteri Afzan. Tambah mereka lagi, Tengku Puteri Afzan kelihatan semakin berseri-seri selepas bergelar isteri.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

BACA LAGI: Persis Wanita Melayu Terakhir, Persalinan Kurung Merah Teh Firdaus Pancar Kejelitaan Tengku Puteri Ilisha Ameera
Suara Tengku Puteri AfzanTengku Puteri Afzan
https://lomp.at/4b0x1
Share1000Tweet625SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem