Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Lush Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor Bekerjasama dalam Inisiatif Penanaman Terumbu Karang di Kepulauan Johor

Usaha Bersama Ini Dilaksanakan Bagi Memulihkan Ekosistem Marin dan Merancakkan Sektor Pelancongan Mersing

by Aphit J.
August 31, 2024
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Lush Malaysia, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail, menerajui inisiatif penanaman terumbu di Pulau Rawa dan Pulau Tengah.

Bertujuan Memelihara Ekosistem Marin

Disokong oleh Tengah Island Conservation (TIC), usaha ini menghimpunkan tenaga kerja Lush, pihak media, selebriti, pencinta alam sekitar dan pegawai-pegawai kerajaan.

Inisiatif ini sejajar dengan misi global Lush untuk memulihara ekosistem marin di samping memupuk alam sekitar semula jadi yang sejahtera.

Inisiatif berterusan penanaman terumbu karang oleh Lush Malaysia di Pulau Lang Tengah, Pulau Gaya dan pulau-pulau di sekitar Johor ialah sebahagian daripada komitmen meluas syarikat untuk menghidupkan kembali kepelbagaian bio dan memperkukuh daya tahan terumbu karang terhadap perubahan iklim.

Mengembalikan Habitat Semulajadi

via Lush Malaysia

Usaha ini akan mengembalikan habitat semula jadi, menyokong kehidupan marin dan menarik kehadiran pelancong yang cakna dengan alam sekitar, sekali gus menyumbang kepada usaha merancakkan kembali ekonomi tempatan.

Lawatan itu turut melibatkan aktiviti pembersihan pantai, bengkel pembuatan bom mandian dan lawatan sambil belajar ke Tunku Abdul Jalil Conservation Centre, yang diketuai oleh Tunku Tun Aminah, bagi tujuan mengetengahkan usaha menghidupkan semula ekosistem marin dan pantai yang holistik.

Menggalakkan Penyertaan Masyarakat

via Lush Malaysia

Lush Malaysia secara aktif menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan ini bagi memupuk komitmen yang lebih mendalam terhadap usaha memulihara ekosistem marin.

Kesungguhan terhadap usaha ini ditunjukkan dengan jelas pada acara Lush Malaysia Showcase 2024, Mei lalu.

Maklumat lanjut tentang inisiatif kelestarian Lush Malaysia boleh didapati dengan melawat www.lush.my. Warganegara Malaysia juga boleh memohon Lush Spring Prize di www.springprize.org.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Lush Malaysia
https://lomp.at/repqf
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem