Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Zynakal Selami Hati & Perasaan ‘Anxiety Fighter’

by Phic ARMAN
September 16, 2024
Share on Facebook

Diburu perasaan bimbang dan diselubungi kesunyian bersendirian merupakan antara perkara paling ditakuti oleh sebahagian individu. Rasa gelisah, tidak balas keterlaluan dan beberapa perkara lain mula menghambat membuatkan mereka yang mula diburu rasa terancam.

Bagi Zynakal pula, apa yang dilalui dan dirasai oleh mereka yang diserang kebimbangan melampau atau anxiety bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh memandangkan sesiapa sahaja boleh mengalami perkara berkenaan dalam kehidupan seharian.

Mengambil apa yang berlaku kepada segelintir daripada mereka yang sering diserang anxiety atau kebimbang melampau, Zynakal meluahkan segala-galanya ke dalam Kenapa Kembali yang juga merupakan naskhah terbarunya.

“Saya cuba menyelami hati mereka yang merupakan anxiety fighter apabila mereka bersendirian. Apa yang dirasa kemudian diterjemah kepada lirik-lirik yang terkandung di dalam Kenapa Kembali.

“Kisah yang diketengahkan pula lebih berterus terang tentang sebuah hubungan cinta yang tidak dapat diteruskan. Semua ini berlaku kerana masalah sama yang datang berulang-ulang kali,” jelas Zynakal .

Kenapa Kembali merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Zynakal dan lagu ini sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos yang lalu di semua pelantar digital.

Tambahnya, dia selalu mahu memberikan kelainan dalam setiap lagu yang dibawa. Intipati lirik perlu ada kisah tersendiri agar setiap naskhah yang dihasilkan tidak klise dengan karya-karya terdahulu.

Seperti yang dititipkan dalam Kenapa Kembali yang berkisahkan tentang pasangan yang mahu kembali bersama namun banyak halangan dek masalah yang sama yang datang berulang kali.

Mendengarkan sahaja karya terbaharunya itu, banyak sisi kematangan terserlah bukan sahaja kepada lirik tetapi juga kepada keseluruhan komposisi muzik Kenapa Kembali.

Selain mahu memberikan yang terbaik, Zynakal juga mahu memberikan kelainan dalam karya kali ini memandangkan dia juga baru sahaja melancarkan single Sendiri Mac yang lalu.

“Liriknya ada kena mengena dengan diri saya tetapi tidaklah secara keseluruhan,” katanya yang mengharapkan sambutan hangat daripada pendengar.

Tidak mahu hanya menunggu maklum balas pendengar semata-mata, Zynakal akan menggunakan pelbagai strategi termasuklah aplikasi TikTok untuk memasarkan dan ‘membesarkan’ karya berkenan.

Seperti mana yang diketahui umum, TikTok merupakan antara platform terkini yang paling berpengaruh. Maka tidak hairankan kebanyakan lagu baharu lebih mudah diterima ramai apabila tular melalui aplikasi berkenaan.

Zynakal mengakui hakikat tersebut harus diikuti oleh anak seni memandangkan perkara berkenaan banyak membantu perkembangan kerjaya seni mereka secara amnya.

“Seperti yang kita tahu TikTok adalah salah satu platform yang sangat besar di mana penggunanya sangat meluas di seluruh dunia. Sudah pasti kita perlu menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

“Ini juga akan menjadi medan untuk saya berkongsi karya baharu selain mahu kekal relevan di dalam industri,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Terbang ini mendedahkan yang dia bakal merakamkan sebuah album tidak lama lagi. Album penuh yang sedang dalam proses pembikinan itu merupakan manifestasi dirinya.

Kenapa Kembali juga bakal dimuatkan dalam album itu nanti selain beberapa lagu lain yang sedang dalam proses pembikinan. Percaturan kali ini juga sedikit berbeza apabila dia mahu memberikan kepelbagaian muzik untuk kepuasan sendiri.

Zynakal gembira apabila syarikat Warner Music Malaysia yang menaungi kerjaya seninya itu memberikan kebebasan kepadanya untuk menentukan hala tuju album baru itu nanti.

“Saya mahu pendengar menikmati karya ini dan semoga Kenapa Kembali mampu terbang jauh sampai ke negara tetangga. Ini impian saya sejak dahulu mahu karya diterima oleh pendengar luar,” katanya yang menantikan maklum balas peminat.

Untuk rekod, muzik video Kenapa Kembali sudah dilancarkan pada 13 September menerusi saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Zynakal
https://lomp.at/reuhm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara