Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

[VIDEO] Fazura & Fattah Amin Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Fatima, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
October 2, 2024
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin membuat perkongsian istimewa sempena hari lahir puteri tunggal mereka, Nur Fatima Aisya yang mencapai usia empat tahun, hari ini.

Fazura menerusi hantaran di Instagram, dilihat menitipkan doa agar sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi selain memohon maaf kerana tidak dapat mengadakan parti ulang tahun seperti sebelumnya.

“BismillahiMasyaAllah.. Syukur Alhamdulillah.. Genap hari ini anakanda ku Nur Fatima Aisya mencapai umur ke 4 tahun. ??✨.

Walaupun tahun ini mommy tak dapat throw you the biggest private parties like I have in the past, but rest assured that I love you more than words can ever describe.

Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa saja keadaan dan selalu lah berterima kasih kepada Allah SWT dan hargai semua orang yang menyayangi mu.”-titip Fazura di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Fattah Luah Rasa Rindu

Dalam pada itu, Fattah Amin dalam hantaran yang berbeza turut meluahkan rasa rindu dengan anak perempuannya itu serta mendoakan agar Nur Fatima Aisya membesar menjadi anak yang solehah.

“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T. Daddy misses you ?.”-kapsyen Fattah di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

“Kapsyen Simple Je Tapi Sebak Bila Baca…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak membaca hantaran masing-masing buat anak perempuan mereka, malah ramai yang memberikan harapan agar kemelut yang melanda pasangan ini.

“Tak tahu kenapa lebih tersentuh baca posting daddy. Selamat hari lahir Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah, membesar menjadi anak solehah.”

“Semoga semuanya baik-baik saja untuk fatima, dadddy and mommy. Semoga fatima sentiasa dalam perlindungan Allah dan membesar sebagai anak yang solehah, hebat dan bijak, Amin Amin YRA ?‍?‍??.”

“Caption simple je tapi sebak bila baca??.”

Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Walaubagaimanapun, timbul spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan bermasalah, malah Fazura juga telah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Pengalaman Terburuk Dengan Fazura, Kecoh Fazura Bagi Cek Tendang Serta Gagal Bayar Hutang
fattah aminfazura
https://lomp.at/o9tu0
Share23Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem