Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Herjunot Ali ‘Buka Mulut’ Selepas Dikaitkan Dengan Pernikahan Pevita Pearce Bersama Anak Bos Habib Jewels

by Phic ARMAN
October 21, 2024
111
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkahwinan pelakon wanita Indonesia Pevita Pearce dengan usahawan dari Malaysia, Mirzan Meer, cukup menarik perhatian. Sebabnya, pelakon Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck ini tidak pernah mendedahkan kisah cintanya dengan Mirzan.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Pevita di Instagram pada Ahad (20/10/2024). Dia memuat naik foto ketika selesai acara akad nikah dengan Mirzan dengan memakai busana serba putih.

Bukan setakat netizen, sebilangan rakan artis turut terkejut dengan perkahwinan Pevita. Mereka tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Pevita Pearce di atas pernikahannya.

Dalam banyak-banyak tahniah, ada satu komen yang menarik. Komen ini datang daripada Randy Nidji, salah seorang pelakon yang turut membintangi filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.

Daripada mengucapkan tahniah, Randy malah mengusik Herjunot Ali. Namun Randy tidak menyebut nama Herjunot, sebaliknya watak yang dilakonkan dalam filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck iaitu Zainudin. Dalam filem tersebut, Hayati adalah cinta sejati Zainudin.

Sehingga kini, Herjunot Ali masih bujang. Usikan Randy membuatkan ramai yang menyebut nama Herjunot di ruangan komen dan ini reaksi aktor kacak ini di IG stories.

“Ya, ditinggal, nikah iya, tak perlu sebut notifikasi saya jadi ramai, jadi kenapa ini? Saya juga sudah nikah, sudah lama, kamu sahaja tak tahu. Saya nikah dalam angan-angan. Sedih”- tulis Herjunot.

Suami kepada Pevita juga merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin. Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Datin Seri Zarida NoordinDatuk Seri Meer HabibHerjunot AliMirzan MeerPevita Pearce
https://lomp.at/4wfky
Share44Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem