Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Usia Bukan Penghalang, Uyaina Arshad Dan Suami Terbang Ke London Untuk Belajar Di Universiti Oxford

by Puteri Alia
October 31, 2024
273
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengacara dan personaliti terkenal, Uyaina Arshad, 31, bakal menempuh pengalaman baru yang menarik apabila dia dan suaminya, Raja Syahiran, terbang ke London pada bulan Disember ini.

Pasangan ini akan mengikuti kursus pendek dalam Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program di Universiti Oxford selama satu minggu.

Uyaina, yang dikenali dengan keperibadiannya yang ceria dan bertenaga, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. “Ya, saya akan mengikuti kursus ini di Universiti Oxford Disember nanti. Manalah tahu, selepas habis pengajian saya dapat buat master pula di sini, doakan ya,” katanya.

Bukan hanya untuk diri mereka berdua, Uyaina juga akan membawa bersama dua orang anak lelaki mereka, Raja Urhan dan Raja Urayyan, untuk menyertai pengalaman berharga ini.

“Kami akan menghadiri kelas selama satu minggu dan dua minggu lagi kami akan bercuti sekeluarga di sana,” ujarnya.

Kursus yang diambil ini adalah langkah pertama Uyaina untuk merealisasikan niatnya menjalankan perniagaan pada tahun hadapan.

“Sebenarnya, Shahiran juga akan belajar bersama nanti. Kalau termasuk tiket penerbangan, kelas dan makan, lebih kurang RM90,000 juga saya berhabis,” tambahnya, menunjukkan kesungguhan dan komitmen untuk melangkah ke fasa baru dalam hidupnya.

Uyaina merupakan alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) tetapi tidak meneruskan kerjaya sebagai peguam setelah menyertai program Pencarian Nona Manis pada tahun akhir pengajian.

Keputusan ini membawanya ke dunia hiburan, namun semangat untuk belajar dan berkembang tidak pernah padam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
5
+1
0
+1
2
+1
1
+1
6
Raja Syahiran Luluh Hati Saksi Kebakaran Besar, Jerit Selamatkan Penduduk Walau Kereta Hancur!
Raja Syahiranuyaina arshad
https://lomp.at/603fq
Share109Tweet68SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem