Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Tawaran Early Bird Special HONOR X9c 5G Bermula Hari Ini, Nikmati Hadiah Eksklusif Bernilai RM1,486!

Raja Tahan Lasak baharu dengan 6 peningkatan utama bakal dilancarkan pada 5 November

by Aphit J.
November 2, 2024
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Penantian kini berakhir! HONOR Malaysia hari ini mengumumkan telefon pintar Pertahanan Tiga Ultra Kukuh terbaharu, HONOR X9c 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November 2024.

Raja Tahan Lasak

via Multimedia Creative Solutions

Pelancaran ini boleh diikuti secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 7 malam untuk menyaksikan telefon Raja Tahan Lasak baharu dengan ketahanan dan prestasi yang dipertingkatkan.

Acara ini juga akan menampilkan perincian spesifikasi dan pengumuman harga, jadi jangan ketinggalan untuk mengikutinya pada tarikh tersebut.

HONOR Malaysia teruja mengumumkan Early Bird Special HONOR X9c 5G sebelum pelancaran peranti tersebut.

Jadilah antara yang pertama untuk memiliki HONOR X9c 5G dengan meletakkan deposit pada hanya RM9, dan menikmati faedah eksklusif mulai hari ini sehingga 4 November 2024, jam 3 petang.

Pelanggan terawal akan menerima pakej hadiah premium bernilai RM1,486, termasuk Pelan Jaminan Tiga Tahap yang mengandungi Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari , dan Jaminan Bateri 36 Bulan.

Faedah-faedah tambahan termasuk Jam Tangan HONOR Choice Haylou percuma dan rebat segera RM99 setelah pembayaran akhir dibuat.

Tempahan Mula Boleh Dibuat

Tempahan boleh dibuat melalui HONOR Official Store, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Dibina susulan kejayaan HONOR X9b 5G yang telah mendapat pensijilan lima bintang SGS Five-Star Overall Drop Resistance Certification yang pertama dalam industri, peranti HONOR X9c 5G meningkatkan lagi tarafnya dalam ketahanan dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh.

Menampilkan rekaan ultra kukuh segenap segi yang dipertingkatkan, HONOR X9c 5G boleh menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter , satu penambahbaikan berbanding 1.6 meter untuk model HONOR X9b 5G yang terdahulu.

Dilengkapi Kaca Tempa Super Kukuh

via Multimedia Creative Solutions

Ketahanan ini dicapai melalui rekaan lengkung Bézier yang unik bagi memberikan perlindungan 3D di segenap sudut, berupaya melindungi perani ini daripada impak daripada segenap arah.

Sebagai tambahan, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan kaca tempa super kukuh yang menguatkan keseluruhan peranti dari depan hingga ke belakang, termasuk kamera belakang, menawarkan perlindungan kalis calar yang lebih hebat.

Antara peningkatan utama yang menonjol pada HONOR X9c 5G ialah struktur kalis air tiga tahap yang inovatif, memberikan perlindungan 360° daripada ancaman terdedah kepada air.

Dengan peningkatan mengagumkan sebanyak 166% secara keseluruhan berbanding model terdahulu, HONOR X9c 5G jga telah menerima pensijilan lima bintang SGS Five-Star Comprehensive Reliability Certification yang pertama dalam industri, sekaligus menetapkan standard baharu bagi ketahanan telefon pintar.

HONOR MalaysiaHONOR X9c 5G
https://lomp.at/pgjsc
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem