Selepas tujuh tahun berehat dari industri muzik Korea, penyanyi terkenal G-Dragon akhirnya memilih untuk bernaung di bawah syarikat rakaman bernama Empire milik seorang warganegara Palestin.
Maklumat tersebut dikongsi oleh seorang individu dan pemilik syarikat rakaman itu sendiri yang bernama Ghazi Shami menerusi platform X.
Legenda K-pop, G-DRAGON, telah mendapat sambutan hebat di seluruh dunia selepas menandatangani kontrak dengan label milik warganegara Palestin untuk kemunculan semula yang paling dinantikan selepas berehat selama 7 tahun.
Menandatangani Dengan Syarikat Warganegara Palestin
Walau bagaimanapun, pilihan penyanyi terkenal itu menjadi topik hangat di semua media sosial kerana keputusannya untuk menyokong para saudara di Palestin serta menolak tawaran daripada pelbagai syarikat besar yang ingin dia bernaung bersama mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut berasa bangga dengan pilihan G-Dragon untuk bernaung di bawah syarikat rakaman tersebut.
Sekadar info, penyanyi G-Dragon telah mengeluarkan muzik video terbarunya yang berjudul ‘Power’ selepas tujuh tahun berehat dari dunia industri muzik di Korea.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.