Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
August 20, 2025
Share on Facebook

Hari ini, nama Datuk Ram Singh sedang menjadi sebutan rama, tidak hanya trending di media sosial, tetapi juga turut dilihat meningkat dalam carian di Google Trends. Ini setelah beliau hadir di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini dalam perbicaraan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, sebagai ketua pasukan peguam bela yang mewakili salah seorang remaja yang dituduh

Namun begitu, bukan hanya Ram Singh yang menjadi sebutan. Turut mendapat perhatian adalah video liputan yang dikongsikan Caprice di Instagram melalui platform Munafik Hunter. Dalam video tersebut, hos liputan yang dikenali sebagai Mas tampil begitu petah dan berilmu ketika membuat liputan terus dari perkarangan mahkamah.

Bagi yang mungkin kurang mengenali, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bukanlah asing dalam dunia hiburan mahupun media sosial. Pernah bergelar penyanyi rap, kini beliau lebih aktif sebagai aktivis dan pempengaruh yang lantang bersuara mengenai isu masyarakat.

Platform Munafik Hunter yang diasaskannya sering menjadi medium untuk membongkar dan mengulas isu-isu semasa, terutama yang melibatkan kepentingan awam. Tidak hairanlah, liputan dari mahkamah kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada pengikutnya.

Antara perkara yang menarik perhatian penonton ialah apabila Mas menyentuh isu ‘Double Jeopardy’, istilah undang-undang yang merujuk kepada larangan seseorang didakwa dua kali atas kesalahan yang sama. Cara penyampaiannya yang jelas, tenang dan penuh informasi membuatkan ramai netizen kagum dengan pengetahuannya.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Rata-rata pengikut Caprice membanjiri ruangan komen dengan pujian, malah ramai mengakui mereka ternanti-nantikan kemaskini seperti ini kerana ia memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai kes berprofil tinggi tersebut.

Secara tidak langsung, selain nama Ram Singh yang trending, liputan Munafik Hunter melalui hos MAs juga berjaya mencuri hati orang ramai, menandakan bahawa masyarakat kini semakin menghargai liputan yang telus, berinformasi dan mudah difahami.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
capriceDouble JeopardyMunafik Hunter
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara