Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

[REVIEW] Konsert “Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur”: Bila Jelitawan Beraksi Dengan Persembahan Yang ‘Mahal’

by Phic ARMAN
November 4, 2024
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Konsert “Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur” semalam menjadi tumpuan peminat muzik tempatan dan luar negara. Dibuka dengan lagu berjudul “Teristimewa,” Raisa muncul di atas pentas dengan gaun warna pink cerah yang memukau tepat jam 8.30 malam. Kecantikan dan keanggunan beliau jelas mencuri perhatian, memberikan aura yang mewah dan mahal di setiap sudut pentas.

Persembahan yang memakan masa selama 2 jam lebih itu turut mendapat sokongan daripada pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia menambah lagi kehebatan persembahan Raisa, menghasilkan suasana yang bertenaga dan begitu mengasyikkan. 

Beliau ditemani oleh enam pemuzik dan lima penyanyi latar yang sangat energetik. Dari segi teknikal, sistem bunyi konsert ini sangat memuaskan di Megastar Arena ini. Skrin LED yang besar dan berkualiti tinggi di pentas sangat membantu bagi mereka yang duduk agak jauh dan sekaligus memberi pengalaman visual yang mengagumkan, membuatkan penonton berasa seolah-olah menonton konsert di kaca TV.

Salah satu aspek yang paling menarik tentang Raisa adalah kemahiran beliau dalam berkomunikasi dengan penonton. Beliau berjaya membina hubungan yang akrab, membuatkan setiap individu dalam dewan merasa seolah-olah terlibat secara langsung dalam persembahan.

Persembahan Raisa boleh disifatkan sebagai “all out” ketika beliau menyanyikan lagu “Kali Kedua,” suasana menjadi meriah apabila penonton bangkit berdiri dan menari bersama. Keriangan dan energi di dalam dewan begitu menular, menggambarkan betapa menyentuhnya lagu-lagu beliau.

Namun, tidak semua momen adalah ceria. Lagu “Mantan Terindah” mengundang emosi yang mendalam, dengan ramai penonton terlihat sebak melihat Raisa menghayati liriknya dengan sepenuh hati. Suasana menjadi hening, dan semua orang terbuai dalam kenangan masing-masing.

Salah satu momen yang jarang ditemui di konsert lain adalah ketika Raisa memanggil semua penyanyi latar untuk berada di sisinya, membuat persembahan bersama-sama. Momen ini bukan sahaja menunjukkan semangat kerjasama, tetapi juga menggambarkan penghargaan Raisa terhadap pasukannya. Penonton dapat melihat interaksi yang mesra dan sinergi yang terjalin, menjadikan persembahan lebih hidup dan berkesan.

Ernie Zakri "Berisi" Sebab Makan, Bukan Hamil Anak Kedua

Raisa juga tidak ketinggalan untuk berkolaborasi dengan artis lain, termasuk duet dengan Ernie Zakri dan Hael Husaini. Persembahan mereka tidak mengecewakan, malah menambah lagi kehangatan konsert. Penonton bersorak dengan tanda rasa bangga, memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kharisma Music, En. Ahmad Jeffny,

“Kami amat berbesar hati dapat membawa Raisa kembali ke Kuala Lumpur pada malam ini. Konsert ini bertujuan memberikan pengalaman yang unik dan berharga buat peminat Raisa, dan terima kasih buat setiap penonton yang hadir memeriahkan acara malam ini.

Raisa memecah panggung dengan persembahan hampir 20 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu-lagu hits seperti “Serba Salah”, “Pergilah”, “Teristimewa”, “Jatuh Hati”, “Bahasa Kalbu”, “Could It Be”, “Mantan Terindah”, “Kali Kedua”, dan banyak lagi.

“Sesungguhnya kalian adalah ‘teristimewa’ dalam hidup saya dan terima kasih kerana hadir menyokong saya pada malam ini. Konsert ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya, kerana saya sendiri terlibat secara langsung dalam setiap aspek persiapannya,” kongsi Raisa dalam nada teruja. 

Secara keseluruhannya, konsert “Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur” adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Dengan penampilan yang cantik dan persembahan yang berkualiti tinggi, Raisa membuktikan bahawa beliau memang layak dikenali sebagai salah satu bintang terkemuka di pentas muzik. Momen-momen indah dan emosi yang ditampilkan menjadikan konsert ini satu kenangan yang akan diingati oleh setiap peminat yang hadir.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ahmad Jeffnyernie zakrihael husainiKharisma Musicraisa
https://lomp.at/909xo
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem