Siapa yang tidak mengenali pelakon hebat Malaysia ini, Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish. Selain menjadi seorang pelakon, Nora Danish juga merupakan seorang pengacara televisyen.
Nora Danish dikenali ramai selepas memegang watak di dalam drama bersiri “Puteri”. Anak kelahiran Terengganu itu telah menghiasi banyak drama dan filem di Malaysia, antaranya ialah Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Tentang Dhia, Ariana Mikhail dan banyak lagi.
Nora Danish dipuji bakat lakonannya ketika drama Tentang Dhia yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu bersama pelakon lelaki Adi Putra. Nora Danish juga dikenali ramai dengan wajah yang cantik dan tidak dimamah usia kerana sentiasa kelihatan muda dan bertenaga.
“Cemana Nak Tag Mak Aku Ni, Nak Lock Buat Menantu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Nora Danish yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 416 ribu, tanda suka sebanyak 41 ribu dan sebanyak 382 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Nora Danish yang memakai Lips Serum sebuah jenama yang dikenali ramai.
@noradanishhanif Juling tak tengok bibir Nora munggil ? 😘😚😂 @skintific.my lipserumskintific bibirmunggil
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Nora Danish kelihatan sangat cantik dan menawan. Tambah mereka lagi, ramai yang jatuh hati melihat Nora Danish mengayakan Lips Serum tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.