Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Beli Kereta Mewah Macam Beli Mainan, Nabila “Angkat” Range Rover RM2.5 Juta Selepas Beli Maxus

by Puteri Alia
November 8, 2024
952
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Noor Nabila, usahawan dan kakak kepada selebriti Neelofa, kembali mencuri tumpuan di media sosial selepas baru sahaja beberapa bulan membeli kenderaan MPV Westar Maxus Mifa 9, kini dia tampil dengan kejayaan terbaru memiliki kereta mewah Range Rover.

Video yang dimuat naik oleh pempengaruh Rosix Omar di Instagram menunjukkan Nabila bersama rakannya itu dalam momen penuh kegembiraan ketika mengambil kereta idaman yang sudah lama dinantikan.

“Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Bella (Nabila) dapat kereta idaman. Dia periksa dulu sebelum ambil. Hari ini, keretanya dah sedia untuk dibawa pulang,” ujar Rosix dalam video tersebut, yang jelas menggambarkan kegembiraan Nabila.

Kereta Range Rover berwarna kelabu yang diambil Nabila dilengkapi dengan nombor pendaftaran eksklusif. Model terbaharu ini dikatakan bernilai sekitar RM2.5 juta, menandakan pencapaian hebat dalam hidup Nabila.

Momen tersebut menarik perhatian ramai netizen yang tidak ketinggalan memberi ucapan tahniah dan memuji kejayaan Nabila. Rata-rata mereka mengagumi usaha dan kejayaan wanita ini, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.

Ada yang menyatakan, “Banyaknya duit Bella ni, hari itu beli Maxus, ini Range Rover pula,” merujuk kepada pembelian MPV Nabila yang lebih praktikal beberapa bulan lalu. Tidak kurang juga ada yang membandingkan Nabila dengan selebriti tanah air seperti Siti Nurhaliza, yang turut memiliki Range Rover berharga lebih kurang sama.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
10
+1
2
+1
5
+1
4
+1
7
MaxusnabilaNoornabilaRanger Rover
https://lomp.at/dadb2
Share381Tweet238SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem