Kalau kamu nak tahu, di sebalik kejayaan filem-filem Bollywood, terdapat pelbagai cerita menarik termasuklah filem ‘Kabhi Alvida Naa Kehna’ yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan juga Rani Mukerji.
Pernah dikongsikan suatu ketika dulu, Rani Mukerji berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaraan, di mana dia telah beku dan terkaku dalam salah satu lagu filem itu.
Semasa penggambaraan lagu ‘Tumhi Dekho Naa’ dalam filem tersebut, Rani mendedahkan tiada siapa yang mempersoalkan keadaannya apabila dia memakai saree nipis dalam cuaca sejuk.
“Saya memakai saree merah dalam lagu itu dan saya benar-benar kesejukan dan membeku. Saya tidak boleh berjalan dan salah seorang sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayan, terpaksa membawa saya ke kereta.
Jika lihat di bahagian lagu itu, bahagian lip sync, bibir saya mula membeku. Saya cuba menyanyikannya dan ia kelihatan seperti sensual. Sebenarnya tidak!”
Pengarah filem ketika itu, Karan Johar kemudiannya mengakui malah menggelar dirinya sebagai ‘gila’ kerana berkeras untuk lakukan penggembaraan dalam suhu yang rendah dan hujan buatan.
“Saya sangat gila ketika itu, dalam suhu -14 darjah, saya kata saya mahu hujan. Jadi ada mesin hujan, tetapi sebelum hujan buatan sampai ke mereka, hujan tersebut telah bertukar menjadi ais.
Manakala jabatan kesihatan dan keselamatan pula memberitahu saya bahawa saya akan membunuh mereka semua.”
Apa kata kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.