Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Futureland Festival Oleh Warner Music Malaysia & Watsons Malaysia Rai Kejayaan Menyatukan Komuniti & Serlah Bakat Tempatan

by Naddy Joe
November 28, 2024
Share on Facebook

“Futureland” Festival anjuran Warner Music Malaysia dengan kerjasama Watsons Malaysia sudah menetapkan standard baharu untuk acara hiburan secara langsung melalui perayaan muzik Malaysia dan kreativiti sambil menghubungkan peminat melalui persembahan yang hebat dan pengalaman unik.

Diadakan di lokasi bersejarah, Stadium Merdeka yang baru-baru ini menjalani proses baik pulih seperti mana era kegemilangannya dulu, “Futureland” Festival mengubahkan lokasi ikonik itu sebagai hab bertenaga untuk persembahan muzik secara langsung.

Tapak bersejarah ini yang juga pengisytiharan kemerdekaan diadakan dan pernah menjadi tuan rumah kepada ramai bintang global, kini berfungsi sebagai tunjang arena muzik Malaysia.

Dengan insfrastruktur yang dibangunkan semula, lokasi tersebut menghidupkan semula legasinya dengan menyediakan suasana sempurna untuk persembahan yang tidak dapat dilupakan. Festival ini menampilkan barisan artis terkenal dan baru yang cukup berbakat dan dinamik.

“Futureland” Festival menghimpunkan penonton-penonton dari pelbagai lapisan masyarakat untuk satu hari yang penuh dengan keraian dan berkongsi penghargaan terhadap muzik, budaya dan komuniti.

Artis seperti Hujan, Masdo, Aina Abdul, Bunkface, Ayda Jebat, Amsyar Leee, empty page., FUGŌ, Hael Husaini, Fimie Don, Nadeera, Rizal Rasid, Syamel, TUJU, Wani Kayrie dan Zynakal mempamerkan kehebatan bakat masing-masing di pentas sekali gus memeriahkan senario muzik Malaysia.

Persembahan terakhir oleh kumpulan Hujan di festival yang bermula sejak jam 1 petang itu berjaya membuatkan penonton terpesona. Aina Abdul yang juga antara penyanyi paling popular tanah air membuat penampilan pertamanya di festival muzik ini memikat penonton dengan vokal dan pesona pentas yang kuat, sekali gua meraikan detik bersejarah untuk dirinya dan festival itu.

Selain persembahan hebat artis, “Futureland” Festival turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung. Watsons Glow Up Zone adalah acara kemuncak yang meriah dengan menampilkan gerai kecantikan dan kesihatan di mana pengunjung berpeluang mendapat hadiah menarik dan percuma serta pengalaman menarik yang eksklusif.

Suasana dimeriahkan dengan pelbagai gerai makanan, ‘pop-up stores’ dan aktiviti jalanan interaktif menjadikannya pengalaman yang benar-benar dinamik untuk semua pengunjung, menarik hampir 20,000 pengunjung sepanjang hari. Ini termasuk peminat-peminat yang menikmati persembahan, pengunjung gerai makanan, serta rakan kongsi, vendor, dan pembekal festival ini.

futureland festival
https://lomp.at/tcmpl
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem