Penyanyi, Syura Badron meluahkan rasa sebak terhadap suaminya, Muhammad Farizat yang masih memikirkan untuk mencari rezeki buat keluarga biarpun dalam kesakitan dan dirawat di sebuah pusat perubatan kerana melecur teruk disebabkan letupan gas memasak pada Isnin.
Kongsi Syura di Insta Stories, suaminya itu masih bertanyakan mengenai keadaan staf serta jualan perniagaan mereka di sebuah festival makanan yang masih berlangsung di Perak.
“Beruntungnya saya sebagai isteri, walaupun suami tengah dalam kesakitan. Dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami.
Tak pernah miss tanya tentang staf dia yang tengah kerja kat Manjung, Perak di Havoc Food Festival.
Hari-hari dia tanya. Sale okay tak? Staff okay tak? Stok Okay tak?”-kongsi Syura di Insta Stories
“Yang Penting Awak Sihat Sepenuhnya, Dan Kita Boleh Sama-Sama Berniaga Macam Dulu..”
Dalam pada itu, penyanyi berusia 38 tahun turut menitipkan harapan dan doa agar suaminya diberikan kesembuhan sepenuhnya agar mereka dapat berniaga bersama seperti sebelumnya.
“Takpe bie, percaya pada rezeki Allah. Staf kita pun akan buat sehabis baik kat Manjung tu.
Yang penting awak sihat sepenuhnya, dan kita boleh sama-sama berniaga macam dulu.”-tulis Syura lagi
Sekadar info, Syura Badron mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Farizat pada Januari 2022.
Terdahulu, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin pernah berkahwin pada 16 April 2006 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, Nurul Qaisara Sofia, dan Muhammad Irfan Aryan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.