Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

“Road Trip JBS” Terbitan RTM Perkenal Jalil Hamid, Bell Ngasri Dan Salleh Yaacob Sebagai Hos

by Aphit J.
November 30, 2024
59
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemunculan trio popular yang mewakili pelawak, penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Salleh Yaacob muncul sebagai hos program travelog terbaharu, “Road Trip JBS” terbitan Unit Hiburan TV RTM.

Berkongsepkn Travelog

via RTM

Berkonsepkan travelog santai dan bual bicara artis lejen, 10 episod Road Trip JBS yang memulakan episod pengenalannya pada 30 November ini membawa tumpuan penonton ke tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia, info tentang tempat makan sedap dan viral, mengenali budaya, sejarah, dan kraftangan tempatan.

Selain mengembara ke seluruh tanah air, istimewanya geng Road Trip JBS juga menyantuni artis-artis veteran yang pernah mewarnai industri seni tempatan yang masih menjadi ingatan.

Antaranya Ramlie Dayana, Ebby Saiful, Zaleha Hamid, Abdul Rahman Kamaruddin, Burn Meditasi, Dwan Olan, Ejay Samudera, Ali XPDC, Izam EYE dan Shuaib Freedom.

Lagu-lagu yang dibawakan mereka benar-benar ikhlas dan menyentuh hati ramai membuatkan mereka terus diingati dan disanjung.

Menyemarakkan Kerjaya Seni Artis Veteren

via RTM

Begitu juga bakat luar biasa yang mereka miliki seharusnya menjadi suntikan inspirasi kepada artis-artis baharu.

Untuk itu, program ini menyelitkan segmen dimana artis busking lagu popular mereka termasuklah persembahan daripada Dato’ L.Ramli, Klthsom Kader, A.Rahman Onn, Blank Gamma, Zaiton Sameon, Afee Utopia, Dato’ Andre Goh, Effa Rizan dan Darul Sito Fairuz.

Tujuan utama penerbitan program ini bagi menyemarakkan kerjaya seni artis-artis veteran dan menghargai hasil seni mereka.

Road Trip JBS mengetengahkan figura anak seni, selain menghargai bakat dan jasa mereka sebagai anak seni yang telah menghiburkan rakyat dan penonton selama ini selain memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk menghasilkan karya seni yang malar segar.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton program Road Trip JBS setiap Sabtu, pukul 1.00 tengah hari di TV2, atau menerusi penstriman langsung RTMKlik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
bell ngasrijalil hamidSalleh Yaacob
https://lomp.at/3nkve
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem