• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Jelajah Hong Kong: Jom Kenali Masjid Terbesar & Makanan Halal Yang Lazat Di Sini

by Phic ARMAN
December 10, 2024
Share on Facebook

Baru-baru ini Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah menjemput media dari Malaysia, Indonesia dan Singapura beragama Islam dari seluruh Asia Tenggara untuk meneroka Hong Kong menerusi kempen terbaharunya, Jelajah Hong Kong.

Kempen ini mempamerkan pengalaman percutian di Hong Kong yang memenuhi keperluan serta menghormati tradisi dan amalan pelancong Muslim, termasuk restoran yang disahkan halal, penginapan mesra Muslim dan itinerari yang disesuaikan baik untuk mereka yang melancong secara solo mahupun bersama seisi keluarga.

Melalui Jelajah Hong Kong, para pelancong berpeluang menghayati sepenuhnya keunikan landskap budaya dan kulinari Hong Kong, kini dengan lebih menenangkan apabila mencapai keperluan diet dan agama yang setara.

Komitmen berterusan untuk menjadikan Hong Kong destinasi inklusif ini telah menempatkan Hong Kong dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024 di tangga ke-2 dari segi keselamatan pelancong wanita Muslim, manakala di tangga ke-4 keseluruhannya dalam kalangan 20 destinasi negara bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) .

HKTB Berusaha Mengukuhkan Pelancongan Mesra Muslim

HKTB dengan kerjasama CrescentRating, syarikat pemasaran pelancongan Muslim terkemuka antarabangsa, dan Perbadanan Pemegang Amanah Dana Komuniti Islam Hong Kong (BOT), badan berkuasa pensijilan restoran Halal tempatan, telah menerajui pelbagai inisiatif di bawah kempen ini untuk mewujudkan persekitaran mesra Muslim bagi para pelancong.

Setakat ini, sejumlah 37 hotel dan 3 pusat tarikan pelancong telah diberikan pengiktirafan Muslim Friendly Crescent. Manakala, restoran halal yang disahkan oleh BOT telah meningkat jumlahnya kepada 132.

“Hong Kong mengalu-alukan pelancong daripada pelbagai latar belakang dengan penuh kemesraan,” kata Liew Chian Jia, Pengarah Rantau Asia Tenggara HKTB.

“Melalui kempen Jelajah Hong Kong di Asia Tenggara dan Program Akreditasi Mesra Muslim, kami komited untuk mewujudkan persekitaran di mana pengunjung Muslim selesa sekali menikmati Hong Kong dengan pengalaman sajian, penginapan dan perjalanan yang dipadankan mengikut cita rasa mereka dengan teliti. Kami juga akan terus berusaha untuk meningkatkan kedudukan Hong Kong sebagai destinasi mesra Muslim terkemuka yang menawarkan pengalaman budaya yang mewah dan memori yang berkekalan untuk semua.”

Jelajah Hong Kong dengan Itinerari Mesra Muslim

Kempen Jelajah Hong Kong menampilkan itinerari mesra Muslim yang telah diatur untuk menonjolkan tarikan terbaik Hong Kong kepada pelancong Muslim. Hentian sepanjang perjalanan termasuklah masjid dan tapak-tapak budaya bersejarah yang lain serta restoran aneka rasa yang disahkan halal, tersusun seiring dengan kesibukan jalan raya dan kemeriahan pusat beli belah yang menghiasi suasana kota metropolitan ini.

Persinggahan Masjid

Masjid Kowloon

Terletak di persimpangan Nathan Road dan Haiphong Road di Tsim Sha Tsui, Masjid Kowloon merupakan masjid terbesar di Hong Kong yang mampu menampung sehingga 3,500 jemaah. Mercu tanda ikonik yang pada asalnya ditubuhkan oleh garison (pasukan tentera) Muslim di kawasan tersebut kini dipimpin oleh Imam Besar Mufti Muhammad Arshad.

Seni bina masjid yang menakjubkan itu menampilkan empat menara setinggi 11 meter dan permukaan dinding bangunan dengan kemasan marmar putih dan kekisi tingkap yang terperinci. Selain menyediakan ruang untuk umat Islam beribadah, Masjid Kowloon juga berfungsi sebagai hub kebudayaan yang penting dengan menganjurkan acara komuniti dan pendidikan.

Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick

Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick yang terletak di 40 Oi Kwan Road di Wan Chai, Hong Kong merupakan sebuah tapak yang mempunyai kepentingan budaya dan sejarah yang besar.

Ditubuhkan pada tahun 1981, ia direka dan dibiayai oleh arkitek Muslim Cina Osman Ramju Sadick. Pusat ini boleh menampung kapasiti lebih 1,500 orang.

Ia dimiliki oleh Perbadanan Pemegang Amanah Dana Komuniti Islam Hong Kong yang telah mengamanahkan pengurusannya kepada Kesatuan Islam Hong Kong untuk menyelia masjid dan Pusat Islam serta memenuhi keperluan komuniti Muslim.

Restoran Halal

HKTB menggalakkan lebih banyak lagi restoran untuk mendapatkan Pensijilan Halal daripada Perbadanan Pemegang Amanah Dana Komuniti Islam Hong Kong. Kini, pelancong boleh menikmati rasa asli Hong Kong di restoran-restoran yang disahkan halal berikut.

Bombay Dreams: Nikmati kemeriahan rasa masakan India yang asli dengan sentuhan kontemporari yang diperhalusi di restoran India pertama di Hong Kong yang memperoleh pengiktirafan Michelin Guide Bib Gourmand pada tahun 2009.

Imperial Patisserie: Terkenal dengan komitmen terhadap piawaian halal, produk mereka dijamin tidak mengandungi daging atau lemak khinzir, atau bahan-bahan yang seumpamanya. Kedai ini telah melalui proses pensijilan halal yang ketat, menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai untuk pastri halal di Hong Kong.

Kantin Pusat Islam: Masakan Cina halal yang popular terletak di dalam Pusat Islam Osman Ramju Sadick di Hong Kong. Terkenal dengan dim sumnya, restoran ini menawarkan pelbagai hidangan yang lazat dan berpatutan yang lain untuk memenuhi keperluan penduduk Muslim tempatan serta pelancong.

MAMTOM: Alami rasa aromatik masakan Vietnam, di mana bahan-bahan segar dan rasa yang membangkitkan selera digabungkan untuk menghasilkan pengalaman menikmati hidangan yang sukar dilupakan.

Marouf & Puff Bake: Terletak berhampiran Masjid Kowloon, kafe ini menyajikan kopi yang dicampur dengan biji kopi Marouf dan pastri yang dibakar hangat seperti croissant dan tart telur.

PASTEAKO: Restoran Itali yang baharu disahkan halal ini merupakan pakar dalam pembuatan pasta sendiri dengan pelbagai bentuk pasta, sos yang boleh dipilih serta daging stik yang dikeringkan selama 21 hari.

Aktiviti dan Pengalaman

Hong Kong Disneyland: Hong Kong Disneyland menawarkan pengalaman Disney yang terbaik buat semua pengunjung.

Di serata resort, pengunjung Muslim dapat memanfaatkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan mesra Muslim, termasuklah ruang tenteram (quiet room) untuk menunaikan solat yang terletak bersebelahan Explorer’s Club Restaurant, restoran Tahitian Terrace yang disahkan halal serta menu halal yang disediakan di hotel.

Pulau Cheung Chau: Terkenal dengan Festival Roti Ban tahunan serta roti ban bertuah yang ikonik, pulau ini pasti menawan para pelancong dengan pantai yang cantik, tapak bersejarah dan laluan pendakian yang mesra keluarga.

Aqua Luna: Nikmati pelayaran pelabuhan yang indah pada waktu malam di atas tongkang yang ikonik, menawarkan pemandangan panorama Hong Kong ketika matahari terbenam yang menakjubkan serta latar belakang sempurna untuk kenangan sepanjang hayat.

Central Market: Selami budaya tempatan di Central Market, di mana pengunjung dapat meneroka gerai-gerai makanan aneka rasa, membeli kraftangan yang unik, dan mengalami kemeriahan suasana di salah satu pasar kegemaran ramai di Hong Kong.

Ngong Ping Village: Alami ketenangan di destinasi tenteram ini yang menempatkan Patung Besar Buddha yang tersegam megah dan Biara Po Lin yang bersejarah, di mana pengunjung d

apat mempelajari budaya Buddha dan menikmati pemandangan gunung-ganang yang menakjubkan.

Bilik solat dengan kelengkapan juga boleh disediakan atas permintaan di Holidays 360 Information Centre.

Kampung Nelayan Tai O: Kembali ke masa lalu di Kampung Nelayan Tai O, sebuah kampung tradisional terapung yang memaparkan budaya dan cara hidup nelayan tempatan.

Maklumat Pelancongan Muslim di Hong Kong Kini Lebih Mudah dengan Laman Web Khusus Pelancongan Muslim HKTB.

Pelancong Muslim yang ingin merancang percutian ke Hong Kong boleh merujuk Laman Web Pelancongan Muslim HKTB untuk maklumat lanjut tentang kemudahan, perkhidmatan dan tarikan mesra Muslim di bandar raya ini.

Laman web tersebut akan sentiasa dikemas kini dengan senarai restoran-restoran serta perkhidmatan mesra Muslim yang baru diakreditasi.

hongkong
https://lomp.at/jsyu4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Destinasi

6 Tahun Lepas COVID-19, Tony Fernandes Kongsi Khabar Gembira- “Hari Ini, Detik Amat Bermakna’

by Phic ARMAN
October 30, 2025

Ingat lagi masa zaman COVID-19 dulu? Kapal terbang semua tersadai, lapangan terbang sunyi, ramai hilang kerja termasuk staf AirAsia. Masa...

Read more
Destinasi

AirAsia Perkukuh Hubungan Serantau Dengan Laluan Baharu ke Pontianak

AirAsia (kod AK) terus meluaskan rangkaiannya dengan pelancaran dua laluan baharu yang menghubungkan Pontianak, Indonesia dengan Kuching dan Kuala Lumpur....

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Destinasi

Tak Terfikir Begini Rupanya Honeymoon Di Arab Saudi

Honeymoon, bukan sekadar bercuti. Ini detik paling sweet dalam hidup anda, masa untuk bonding, create memori, dan feel cinta tu...

Read more
by Phic ARMAN
December 3, 2025
Destinasi

Travel Jauh, Bajet Masih Selamat, AirAsia X Kini ke Istanbul!

Berita baik untuk semua pencinta travel! AirAsia X (AAX) kini membuka penerbangan terus pertama dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Türkiye....

Read more
by Puteri Alia
November 17, 2025
Destinasi

Sidang Kemuncak ASEAN: KLIA T2 Dalam Mod Sibuk! Ini Info Penting Buat Penumpang AirAsia!

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung hujung Oktober ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan penutupan jalan secara berperingkat...

Read more
by Aphit J.
October 25, 2025
Hotel

Penginapan & Pengalaman di Renaissance Kuala Lumpur, “Day of Discovery 2025”

Menginap di hotel di tengah Kuala Lumpur biasanya dikaitkan dengan kemudahan asas dan lokasi strategik sahaja. Namun, pengalaman MURAI di...

Read more
by Phic ARMAN
November 28, 2025
Destinasi

Selangor & Lenggong Geopark Jalin MoU: Langkah Ke Arah Pelancongan Mampan Bertaraf Dunia

Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lenggong Geopark, Perak, dalam satu majlis yang berlangsung...

Read more
by Aphit J.
September 27, 2025
Destinasi

‘Orang Kelate’ Pun Boleh Terus Fly Ke Eropah! Scoot Buka Laluan Kota Bharu–Singapura

Kalau dulu nak ke Singapura dari Kelate kena transit jauh, sekarang hok tu takdok doh! Scoot, anak syarikat tambang rendah...

Read more
by Phic ARMAN
October 27, 2025
Destinasi

Catstanbul, Kota Berbulu! Ini Cerita Kucing-kucing Istanbul Yang Jarang Orang Ceritakan

Siapa sangka, di sebalik keindahan masjid, lorong sempit bersejarah dan pemandangan Bosphorus yang memukau, Istanbul sebenarnya dikuasai oleh warganya yang...

Read more
by Phic ARMAN
December 10, 2025
Destinasi

Destinasi Sekunder di Malaysia Jadi Tumpuan Sempena Hari Pelancongan Sedunia

Menjelang sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025, Malaysia sebagai tuan rumah rasmi menyaksikan peningkatan ketara dalam carian pelancong terhadap destinasi sekunder...

Read more
by Aphit J.
September 20, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore