Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Buka Cawangan Ke-11, Dua Sahabat Baik Bina Empayar Bisnes Sendiri Dalam Bidang Perubatan dan Kecantikan

by Phic ARMAN
December 13, 2024
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa,  jenama terkenal dalam bidang perubatan dan kecantikan, telah membuka cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Ia dimiliki oleh dua orang sahabat baik ini yang asalnya merupakan rakan sekerja. Kemudian mereka membuat keputusan bersama-sama untuk membuka rangkaian klinik sendiri.

“ANA merupakan gabungan nama saya, Fatin Amira dan Dr Sharifah Najwa,” ulas Dr Fatin lagi.

Mengakui sudah lama saling mengenali, Dr Sharifah Najwa turut mendedahkan saling mempercayai, amanah dan semangat setiakawan membuatkan dirinya cukup selesa bersahabat baik dengan Dr Fatin sekaligus yakin dengan kerjasama ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kualiti dan pengurusan kepada semua pelanggan.

Pembukaan cawangan terbaru ini merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha mereka untuk memperluas jangkauan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi di seluruh negara.

Dr. Fatin Amira, pengasas Klinik Dr. Ana, menjelaskan bahawa Nilai dipilih sebagai lokasi strategik kerana kawasan ini sedang pesat membangun dan mempunyai komuniti yang dinamik. Keberadaan lokasi berhampiran KLIA dan Putrajaya serta pusat membeli-belah utama seperti Nilai 3 dan AEON Mall menjadikannya pilihan ideal untuk memperluaskan jenama mereka.

Klinik Dr. Ana juga komited untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang konsisten di semua cawangannya dengan menyediakan latihan berkala kepada kakitangan. Mereka turut memberikan penekanan terhadap maklum balas pelanggan dan memiliki Service Recovery Unit untuk menangani sebarang aduan dengan cepat dan efisien. Dr. Sharifah Najwa, salah seorang doktor utama di klinik tersebut, menegaskan bahawa pendekatan ini membantu mereka mengekalkan kualiti tinggi dalam perkhidmatan yang diberikan, sekaligus memastikan pelanggan terus berpuas hati.

Klinik Dr. Ana turut berhasrat untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan mereka ke kawasan lain di Malaysia, dengan rancangan jangka panjang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi, serta membawa jenama ini ke peringkat IPO.

“Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.

Dr. Ana adalah sebuah jenama yang terkenal dalam bidang penjagaan kesihatan (klinik), perubatan estetik, serta spa kesihatan berkualiti berpatutan di Malaysia. Dr. Ana telah melaburkan masa, usaha, pengalaman, kemahiran, serta pelbagai sumber (bersifat kewangan dan bukan kewangan) untuk membangunkan model perniagaan, imej, jenama, dan program yang tersendiri dan berjaya bagi operasi perniagaan spa kecantikan perubatan serta klinik yang mampu milik kepada pelanggan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
Dr. Ana Wellness & SpaKlinik Dr. AnaKlinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa
https://lomp.at/1corw
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem