Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aizat Manshahar Hadir Dengan “Inikah Cinta” Sebagai Kenangan Indah Tahun 2024?

by Aphit J.
December 28, 2024
Share on Facebook

Ini merupakan cara yang unik untuk mengakhiri 2024. Penyanyi dan penulis lagu berbakat ini akan mengeluarkan single baharu sebagai hadiah kepada pengikutnya dan juga sebagai hadiah untuk menutup tahun 2024.

Single Kedua

Single yang akan datang ini adalah single kedua Aizat Manshahar selepas single debutnya Ini Dunia pada Oktober, 2023 lalu.

Pendengar boleh mengharapkan irama yang rancak dengan lirik yang ekspresif dan mudah dihubungkan, terutamanya bagi golongan muda masa kini yang dikenali secara global sebagai Gen Z.

Apabila seseorang jatuh cinta, hatinya bagai meletup dengan kebahagiaan dan dipenuhi dengan rasa berdebar.

Diri cenderung untuk melakukan perkara yang tidak pernah lakukan sebelum ini, atau mungkin tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

Kisah Perbualan Dengan Kekasih

via MAP Music

Inikah Cinta bukan sekadar hanya menceritakan kisah Aizat yang meluahkan perasaannya, tetapi ia juga adalah perbualan antara Aizat dan kekasihnya, dimana beliau yang tertanya-tanya adakah kedua mereka merasakan perasaan yang sama ketika mereka bersama.

Aizat Manshahar amat berbesar hati dan teruja kerana diberi peluang untuk meneruskan karya muziknya di bawah naungan syarikat rakaman MAPMUSIC, dan juga tidak lupa pada rakan media dan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan karya muzik beliau.

Dengarkan “Inikah Cinta” lagu baharu Aizat Manshahar yang bergenre pop, rentak yang rancak serta lirik yang ekspresif yang bakal dilancarkan pada 27 Disember 2024, Jam 5 petang dan boleh mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC.

Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aizat Manshahar
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara