Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

HONOR Magic V3 Dinamakan Antara Ciptaan Terbaik TIME Tahun 2024

Telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia menerima pujian meluas rakyat Malaysia termasuk peneraju industri dan pakar teknologi

by Aphit J.
December 28, 2024
47
KONGSIAN
Share on Facebook

HONOR dengan bangganya mengumumkan bahawa HONOR Magic V3 telah tersenarai dalam Ciptaan Terbaik 2024 oleh TIME, sebuah pengiktirafan dari media antarabangsa yang terkemuka.

Menerima Pujian Dari Pelbagai Industri

via GSM Maniac

Kejayaan ini menunjukkan betapa peranti ini telah mengubah landskap telefon boleh lipat, menggabungkan rekaan canggih, kefungsian lancar, dan ketahanan luar biasa yang memukau ramai pakar teknologi dan pengguna di seluruh dunia.

HONOR Magic V3 mendapat pujian tinggi dari peneraju industri, termasuk CNN, Android Authority, dan Tech Radar, kerana rekaan ultra nipis dan ringan.

Dengan ketebalan hanya 9.2mm apabila dilipat dan berat 226g, ia diiktiraf sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di pasaran.

Mempunyai Ketahanan Yang Luar Biasa

via Android Headlines

Apabila dibuka, paparan luasnya memberikan pengalaman multitugas yang lancar, menjadikannya ideal untuk pengguna yang sering bekerja atau bersantai.

Selain itu, pengguna juga mengagumi peralihan lancar antara mod skrin kompak dan luas, menjadikannya peranti yang sangat versatil.

Pengalaman pengguna sebenar juga menunjukkan ketahanan peranti ini dalam situasi harian.

Bagi pengguna, ia sangat nipis dan ringan, mudah dipegang dan mesra poket disamping mempunyai ketahanan HONOR Magic V3 selepas beberapa kali terjatuh tanpa sarung.

Pengguna lain turut menghargai keselesaan visual yang ditawarkan, terutamanya bagi mereka yang sering mengalami keletihan mata.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao, menyatakan bahawa mereka berbangga dengan pengiktirafan ini, yang mencerminkan komitmen mereka terhadap inovasi dan kualiti.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
HONOR Magic V3
https://lomp.at/wk1gn
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem