Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Pulau Perhentian Muncul Sebagai Destinasi Malaysia Yang Paling Menarik Minat Pelancong – Agoda

by Aphit J.
January 4, 2025
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Pulau Perhentian, Terengganu, kini muncul sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang semakin diminati, menurut platform pelancongan Agoda.

Peningkatan Populariti

via Agoda

Dalam senarai ‘Horizon Baharu’ yang diterbitkan oleh Agoda, Pulau Perhentian mencatatkan lonjakan populariti tertinggi dalam kalangan pelancong antarabangsa yang mengunjungi Malaysia.

Pulau ini terkenal dengan pantai-pantainya yang indah, air laut yang biru jernih, serta ekosistem marin yang kaya.

Ia juga menjadi tumpuan penyelam kerana usaha pemuliharaan terumbu karang yang giat dijalankan di sana.

Tambahan lagi, perkhidmatan penerbangan pesawat laut peribadi memudahkan pelancong untuk mengakses destinasi ini.

Pulau Perhentian turut menduduki tempat ketiga dalam senarai destinasi “slow travel” Asia oleh Agoda, mencatatkan purata tempoh penginapan paling panjang dalam kalangan pelancong.

Shah Alam Turut Tersenarai

via Wikimedia

Sementara itu, Shah Alam, yang sering dilihat sebagai kawasan perumahan dan perindustrian, turut mencatatkan lonjakan populariti sebagai destinasi domestik.

Keunikan Shah Alam terletak pada kombinasi tarikan seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Taman Botani Negara, serta kafe-kafe yang menjadi tumpuan pengunjung hujung minggu.

Lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur serta kos perbelanjaan yang berpatutan menjadikannya pilihan popular untuk percutian singkat.

Batam Terkenal Dalam Kalangan Malaysia

via Travel Guide Malaysia

Selain itu, Pulau Batam di Indonesia muncul sebagai destinasi paling popular dalam kalangan pelancong Malaysia yang melancong ke luar negara.

Keistimewaan Batam termasuk kos perbelanjaan yang rendah, kemudahan pengangkutan feri, serta pelbagai aktiviti rekreasi seperti sukan air, golf, dan pusat membeli-belah bebas cukai.

Agoda juga menggalakkan para pelancong untuk memanfaatkan tawaran hebat melalui platform mereka bagi perjalanan 2025.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
batamPulau Perhentianshah alam
https://lomp.at/rmipb
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem