Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

Selain Miliki Wajah Kacak & Six Pack, Ini 4 Perkara Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Putera Mateen

by Soph Azz
January 9, 2025
Foto - Facebook

Foto - Facebook

274
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau tanya siapakah putera raja yang terkacak di Asia, sudah semestinya Murai pilih Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Berasal dari Brunei, Putera Mateen ialah anak kesepuluh kepada Sultan Brunei iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah.

Walaupun sudah pun berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, putera diraja ini tak dinafikan mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan wanita.

Berkat rupa paras yang kacak dan dikatakan memiliki six pack, berikut Murai kongsikan 4 perkara yang perlu kamu tahu tentang Putera Mateen!

1. Sangat Menyukai Sukan 

Adakah kamu tahu idola bola sepak Putera Mateen ialah David Beckham?

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Selain daripada snorkeling, terjun udara, menunggang kuda, golf hingga ke ski, Putera Mateen berkata dia lebih gemar menikmati polo kerana kerumitan sukan itu, bersama-sama dengan ketangkasan, multitasking dan kawalan yang diperlukan. Beliau juga pernah wakili Brunei pada Sukan Asia Tenggara pada 2017, bertanding bersama kakaknya, Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

2. Seorang Juruterbang Terlatih 

Dianugerahkan Lencana Sayap RAF membuatkan Putera Mateen layak menjadi juruterbang helikopter!

View this post on Instagram

A post shared by HOUSE OF KERABAT (@house_of_kerabat)

Putera Mateen telah berlatih di Defence Helicopter Flying School at RAF Shawbury, United Kingdom. Bapanya, Sultan Brunei, memiliki helikopter sendiri dan ini membuatkan beliau mempunyai banyak peluang untuk berlatih. Matlamat seterusnya adalah menjadi juruterbang helikopter Black Hawk.

3. Putera Raja Yang Berjiwa Sederhana 

Apabila tidak bersukan atau menjalankan tanggungjawab sebagai putera raja, Putera Mateen lebih suka menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga serta menonton filem.

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Pernah dikongsikan suatu ketika dahulu, beliau berkata kemewahan yang datang dengan kedudukannya adalah penting untuk kekal merendah diri dalam masa yang sama. Putera Mateen turut menghargai tiga rakan terdekatnya yang sentiasa mengingatkannya tentang merendah diri.

4. Menggelar Dirinya Sebagai ‘Bapa Harimau’

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Mungkin ada yang tak tahu. Putera Mateen memiliki anak harimau putih dan juga ocelot. Beliau kerap juga berkongsi beberapa gambar haiwan peliharaannya, termasuklah anak harimau yang bermain di atas katilnya dan pergi ke pantai.

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Untuk rekod, Putera Mateen mempunyai 3.1 juta pengikut di Instagram dan jumlahnya meningkat saban tahun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Putera Mateen Main Kayu Polo, Curi Perhatian Ramai!-"Please Focus!"
Pangiran Muda Abdul Mateenpengiran mateenprince mateenputera mateen
https://lomp.at/imbeh
Share110Tweet69SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem