Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Hotel

Hotel Royal KL Tawarkan Harga Bufet Ramadan Antara Paling Rendah Di Sekitar Bukit Bintang

by Phic ARMAN
January 9, 2025
Share on Facebook

Hotel Royal Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan Ramadan dengan memperkenalkan Pesona Rasa Ramadan, sebuah bufet istimewa yang menyajikan keaslian masakan Malaysia. Bufet ini dihasilkan oleh Eksekutif Chef berpengalaman, Chef Badrul Hisham, yang memastikan setiap hidangan mencerminkan cita rasa tradisional dan menggamit nostalgia berbuka puasa bersama keluarga.

Harga Bermula RM98

Diadakan di Makan2 Coffee House, bufet ini menawarkan pelbagai hidangan menarik seperti Rendang Tok, Kambing Golek Tandoori, Nasi Kenduri, Assam Laksa, dan banyak lagi.

Bufet ini akan berlangsung dari 6 Mac hingga 26 Mac 2025, dengan harga RM118 bersih untuk dewasa serta RM68 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas. Lebih menarik, baucar awal boleh didapati pada harga promosi RM98, tersedia sekarang hingga 28 Februari 2025.

Bagi mereka yang ingin melengkapkan pengalaman Ramadan sambil membeli-belah persiapan Hari Raya di sekitar Bukit Bintang, Hotel Royal Kuala Lumpur menawarkan pakej istimewa. Dengan hanya RM398, pelanggan boleh menikmati penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 tetamu, lengkap dengan bufet Ramadan dan sahur. Pakej ini boleh ditempah sehingga 25 Mac 2025, manakala tempoh penginapan adalah dari 2 Mac hingga 26 Mac 2025.

Bufet Ramadan ini bukan sahaja menawarkan nilai terbaik, tetapi juga lokasi yang strategik di tengah-tengah Bukit Bintang. Hotel Royal Kuala Lumpur memastikan pengalaman berbuka puasa anda bukan sahaja memuaskan selera tetapi juga mudah diakses. Tempahan bufet dan pakej penginapan boleh dibuat dengan menghubungi talian 016-5200579.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Pesona Rasa Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur, yang menjanjikan kenangan berbuka puasa yang tidak akan dilupakan. Tempah sekarang untuk mendapatkan harga promosi dan pastikan Ramadan anda tahun ini lebih istimewa!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hotel Royal Kuala Lumpur
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

  5. 5

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara