Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Rasa Boleh Tidur Je Kat Kawasan Kubur Tu…”-Hantaran Kilafairy Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 10, 2025
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkongsian pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengenai arwah ibunya, Rohana Jalil yang telah pergi mengadap Illahi pada 2023 lalu mencetuskan reaksi netizen di media sosial.

Kongsi Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan menerusi hantaran di laman Thread mengakui dia sebelum ini pernah rasa takut untuk menziarahi atau lalu ke mana-mana tanah perkuburan.

Namun, setelah arwah ibunya disemadikan di situ, Kila berpendapat dia seolah-oleh boleh tidur di kawasan tanah perkuburan tersebut.

“Dulu takut sangat pergi kubur ke, lalu kubur ke. Now bila mama dah kat situ, rasa boleh tidur je kat kawasan kubur tu.”-tulis Kilafairy di Thread

via Thread

“Tempat Yang Dulu Menyeramkan Akan Jadi Tempat Yang Paling Menenangkan…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan hantaran Kilafairy, malah ada yang berpendapat tanah perkuburan bukan lagi tempat yang menakutkan apabila kehilangan orang yang tersayang.

“Sama macam saya, kubur dah jadi satu tempat healing buat saya dah sekarang sebab arwah abah dan arwah abang ngah saya ada di situ.”

“Bila kita dh kehilangan orang yang kita sayang, kubur bukan lagi tempat menakutkan tapi dah jadi tempat menenangkan walau hanya termenung merenung batu nisan.”

“Betul tu. Tempat yang dulu menyeramkan akan jadi tempat yang paling menenangkan bila orang yang kita sayang ada bersemadi disitu..”

“Betul, bila duduk kat kubur je rasa tenang sangat2 perasaan takut tu takde langsung.”

“semoga setiap doa untuk arwah, akan mengubat setiap ruang rindu yang you rasa untuk arwah?.”

Sekadar info, Allahyarhamah Rohana Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023 disebab kebocoran pada usus perut.

Al-Fatihah…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
Kilafairy Buat Pengakuan Berani, Netizen Terkejut Tapi Sokong
kilafairy
https://lomp.at/w9ttm
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem