Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Putri Imagi Hadiahkan Cinta Antara Dua Demensi Kepada Peminat

by Aphit J.
January 11, 2025
Share on Facebook

Setelah melancarkan single bertemakan hari kemerdekaan, “Patriot” pada 30 Ogos 2024, yang memancarkan semangat patriotik, Panic Room membuka tirai tahun 2025 dengan melancarkan single kedua mereka yang juga sebahagian daripada projek album 2025.

Kisah Penuh Emosi

Di ketuai oleh Epet, peserta program pencarian bakat Gimme The Mic Malaysia 2024 dan All Together Now Season 2, Panic Room terus aktif berkarya untuk merealisasikan matlamat album mereka.

Single terbaru mereka, “Putri Imagi,” mengisahkan sebuah cerita penuh emosi tentang perasaan antara dua hati yang saling mencintai tetapi tidak dapat memiliki.

Lagu ini menceritakan perjalanan seorang jejaka yang terperangkap di alam lain dan bertemu dengan seorang wanita cantik yang rupa parasnya sempurna di matanya, namun ternyata seorang makhluk “Bunian.”

Menghargai Semua Peminat

via Map Music

Walaupun mereka berdua menjalin hubungan yang erat di alam tersebut, masa menjadi penghalang, dan jejaka tersebut akhirnya berjaya kembali ke dunia nyata.

Hanya kenangan indah bersama wanita itu yang dapat dikenang.

Panic Room mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak syarikat rakaman MAPMUSIC atas kerjasama mereka dalam menjayakan projek ini dan juga bertindak sebagai pengedar karya “Putri Imagi.”

Mereka juga ingin menghargai semua pihak yang terlibat, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam penghasilan lagu ini.

Single “Putri Imagi” akan dilancarkan pada 10 Januari 2025 dan boleh didapati di semua platform penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music.

Untuk mengikuti perkembangan Panic Room, ikuti mereka di media sosial:

  • Facebook: @panicroom11
  • Instagram: @panicroomband
  • TikTok: @panicroom
  • X: @panicroom11
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Panic Room
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara