Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kolaborasi Epik Hun & Noki Dalam “Untuk Semua Jiwa”

Dua Artis Berbakat Tanah Air Bergabung Suara Dalam Single Terbaharu OST Filem “Soloz Game Of Life”

by Aphit J.
January 11, 2025
Share on Facebook

Sony Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan single terbaharu berjudul “Untuk Semua Jiwa”, sebuah kolaborasi epik antara pelakon berbakat Hun Haqeem dan bintang hip hop Noki

OST Soloz Game of Life

K-Clique, ciptaan komposer muda, Raiden Koh. Lagu ini menjadi runut bunyi rasmi (OST) untuk filem yang dinanti-nantikan, Soloz Game of Life, yang mengisahkan tentang pemain e-sports Mobile Legends, dan bakal ditayangkan pada 23 Januari 2025.

Lagu “Untuk Semua Jiwa” diinspirasikan oleh tema filem yang mengangkat perjuangan, persahabatan, dan keazaman.

Hun Haqeem menjelaskan bahawa lagu ini menggambarkan cerita Soloz Game of Life dengan baik, di mana perjuangan untuk menjadi juara bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk semua.

Noki pula menambah bahawa lagu ini memberikan semangat kepada anak muda zaman sekarang dengan mesej positif dan motivasi yang terkandung di dalamnya.

Tercetus Secara Semulajadi

via Joeprcinternational

Proses kreatif di sebalik lagu ini melibatkan komposer dan penulis lirik berpengalaman, menghasilkan karya dengan gabungan elemen elektro-rock dan ‘beat’ moden.

Melodi yang bertenaga disatukan dengan vokal unik Hun dan gaya rap Noki yang padu, menjadikan lagu ini sebuah karya yang penuh dinamik.

Kolaborasi antara Hun dan Noki tercetus semula jadi, bukan hanya sebagai pelakon dalam filem, tetapi juga dengan visi muzik yang seiring.

Sebagai debut nyanyian untuk Hun, “Untuk Semua Jiwa” merupakan langkah besar dalam kariernya.

Hun berharap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada pendengar, sementara Noki berharap ia memberi semangat untuk menghadapi cabaran hidup.

Lagu ini kini boleh didapati di platform penstriman seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music, sementara video muzik rasmi boleh ditonton di YouTube sonymusicMYVEVO.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ayda Jebat Dedah Hun Haqeem Tak Pernah Tinggal Solat, Netizen Puji Dua-Dua Artis Rajin Jaga Ibadah
Hun HaqeemNoki
https://lomp.at/7dho7
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara