Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

“Kau Dah Buat Kami Malu Satu Malaysia” – Razman Razmi Enggan Tarik Dan Selesai Kes Di Luar Mahkamah!

by Aphit J.
January 12, 2025
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 8 Januari lalu kecoh di media sosial apabila terdapat satu hantaran video yang menunjukkan Razman dan Razmi secara tiba-tiba diserang seorang jurugambar, Muhammad Imran Khairil.

Mengalami Keceraan Selepas Diserang

Serangan yang dilakukan oleh jurugambar tersebut menyebabkan pereka fesyen ini mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul dengan kamera milik juru gambar tersebut.

Kejadian itu berlaku pada sebuah acara anugerah di hotel di Petaling Jaya.

Atas kejadian tersebut, jurugambar tersebut telah dihadapkan di mahkamah dan dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen tersebut.

Dalam pada itu, kedua dua pereka fesyen ada memuat naik status di Instagram miliknya dengan menegaskan bahawa mereka tidak akan menarik laporan polis atau menyelesaikan isu yang menjejaskan reputasi mereka secara luar mahkamah.

Berkeras Menolak Permintaan Pihak Jurugambar

via Instagram Razman Razmi

Meskipun tidak menyebut nama individu tertentu, kedua-dua pereka fesyen ini berkeras menolak permintaan pihak terbabit yang cuba menyelesaikan perkara ini secara baik selepas reputasi mereka tercemar.

Melalui kenyataan di Instastory, Razman dan Razmi menjelaskan bahawa pihak yang terlibat telah menyebabkan mereka malu di seluruh Malaysia, mengalami kesakitan, trauma, kecacatan fizikal, serta menanggung kos perubatan.

Kau dah buat kami malu satu Malaysia, sakit, trauma, kecacatan fizikal dan (tanggung) kos perubatan. Jejaskan nama baik kami selama 25 tahun dalam perniagaan.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan untuk menyelesaikan perkara ini jika ada permohonan maaf secara terbuka dan bayaran wang ganti rugi kepada mereka.

Ingat senang kami nak hadap? Pandai pula nak selesai luar mahkamah dan minta maaf macam itu sahaja.

Pereka fesyen itu turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya untuk mempertahankan nama baik mereka.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
Razman Razmi
https://lomp.at/4ttrw
Share15Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem