Sunday, August 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Amira Othman Menjawab Pertanyaan ‘Bila Nak Kahwin?’

by Naddy Joe
January 13, 2025
231
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon berbakat besar, Amira Othman, kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul “Bila Nak Kahwin?”. Diedarkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures, lagu ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkemuka, Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.

Dengan gabungan mesej mendalam dan elemen muzik yang segar, “Bila Nak Kahwin?” tampil berbeza daripada karya-karya terdahulu Amira, menjadikannya sebuah karya yang unik serta relevan dengan kehidupan masyarakat masa kini.

Berakar Dari Realiti Hidup

Sejak memulakan kerjaya seninya dari tahun 2013, sebagai figura publik yang dikenali ramai, Amira sering dihujani dengan pelbagai soalan, sama ada tentang kerjaya profesionalnya mahupun kehidupan peribadi. Bertitik tolak dari soalan-soalan berikutlah membuahkan inspirasi untuk Amira melakar bait-bait liriknya kerana ada mesej yang ingin disampaikan.

“Saya yakin lagu ‘Bila Nak Kahwin?” ini sangat ‘relatable’ dengan ramai orang di luar sana, secara tidak langsung ada sesuatu yang ingin saya sampaikan dengan harapan ia menjadi pendorong serta semangat buat mereka yang sentiasa berdepan dengan situasi tersebut.

Jadi, saya memandangnya dari sudut positif dan jadikannya sebagai inspirasi dalam penghasilan lagu ini,” jelas Amira.

Konsep MV Yang Dekat Di Hati

Muzik video (MV) “Bila Nak Kahwin?” dijangka bakal mendapat sambutan hangat. Konsepnya yang ringkas tetapi berkaitan dengan kehidupan iaitu gambaran situasi yang sering dialami ramai, terutamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan.

“Soalan cepu mas seperti ‘Bila nak kahwin?’ itu pasti biasa didengar oleh ramai orang, dan MV ini cuba menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian,” terang Amira.

YouTube video

“Bila Nak Kahwin?” kini boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Apple Music, ,Joox, Spotify, dan YouTube Music. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

[VIDEO] Amira Othman Tempah Baju Rizman Ruzaini, Jadi Tanya Tanya Netizen-"Baju Kahwin Ke?"

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar single terbaharu Amira Othman yang pasti akan menceriakan hari anda dengan mesej positif dan muzik yang segar. Jangan lupa juga kongsikan pengalaman anda pada #BilaNakKahwin di media sosial!.

Amira Othman
https://lomp.at/agia3
Share92Tweet58SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem