Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

[VIDEO] “Cadangan Rosyam Nor Untuk Saya Berkahwin Dengan Fattah Amin?..”-Erma Fatima

by Naddy Joe
January 14, 2025
126
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima tampil bersuara selepas tular video yang memaparkan usikan nakal pelakon senior, Datuk Rosyam Nor yang mencadangkannya untuk dijodohkan dengan aktor kacak, Fattah Amin.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh adik kepada Erma yang juga pelakon, Datin Umie Aida di Instagram, Erma menyatakan bahawa nafsunya untuk mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki telah tertutup.

“Cadangan Rosyam untuk saya bernikah dengan Fattah Amin? Saya punya ‘selera’ untuk mengahwini mana-mana lelaki dalam duni ini tak kira hot ke tak. Dah tertutup dah nafsu.”-Kata Erma selepas disoal oleh Umie Aida

View this post on Instagram

A post shared by umie aida (@umieaida9)

“Simpan Sahajalah Niat Baik Kau Tu…”

Tambahnya lagi, dia menitipkan pesanan kepada Rosyam untuk menyimpan sahaja niat baiknya itu untuk menjodohkannya dengan Fattah Amin.

“Harap maaf, simpan sahajalah niat baik kau tu, Rosyam.”-kata Erma lagi

View this post on Instagram

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Sebelum ini tular satu video yang memaparkan Rosyam Nor menitipkan ‘nasihat’ secara berseloroh kepada Fattah Amin untuk berkahwin dengan Erma Fatima.

Jelas Umie, ‘nasihat’ yang diberikan oleh Rosyam Nor kepada Fattah itu hanyalah sekadar hiburan mereka ketika berada di set penggambaran.

Sekadar info, Fattah Amin sah bercerai talak satu pada Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September 2024.

Mereka yang pernah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

[VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-"Amboi Kak Long.."
erma fatimafattah aminUmie Aida
https://lomp.at/0dzui
Share50Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem