Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Persembahan Vokal KRU Menyerlah Dalam Lagu “One More Time”

by Aphit J.
January 18, 2025
30
KONGSIAN
Share on Facebook

KRU, kumpulan muzik yang telah lama dikenali sebagai penyanyi, komposer, dan penerbit ternama tanah air, terus meneruskan legasi muzik mereka dengan pelancaran single kedua dari album terbaru mereka berjudul Kaset.

Lagu yang diberi nama One More Time ini menunjukkan kematangan vokal Norman, Yusry, dan Edry dalam menyampaikan sebuah lagu.

Dicipta Sepenuhnya Oleh Ahli Kumpulan KRU

One More Time dicipta sepenuhnya oleh tiga anggota KRU ini, yang mengekalkan elemen muzik R&B dari era 90-an yang terkenal dengan sentuhan unik mereka.

Lagu ini menceritakan kisah tentang seorang individu yang kecewa kerana sekali lagi gagal dalam percintaan, namun tetap mampu tersenyum melihat bekas kekasihnya hidup bahagia bersama orang lain.

Lirik yang penuh dengan rasa kecewa dan pengorbanan ini diiringi dengan melodi yang mendalam, menjadikannya satu lagu balada yang mampu menyentuh hati pendengar.

Selain itu, KRU juga terus menggabungkan teknologi terkini dalam karya mereka.

Menggunakan Teknologi AI

via Sony Music Malaysia

Dalam video muzik One More Time, KRU menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta kembar digital (Digital Twin) mereka.

Video muzik ini menarik kerana memaparkan transformasi wajah KRU dari masa lalu, kini, dan masa depan, memberikan pengalaman visual yang unik dan mendalam kepada peminat.

Norman, mewakili KRU, berkata, ia adalah tradisi mereka untuk mengeluarkan lagu balada selepas single pertama yang lebih rancak.

Mereka berharap One More Time akan diterima baik oleh peminat dan membantu mengekalkan momentum album Kaset yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Lagu One More Time kini boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, dan YouTube Music mulai 17 Januari 2025.

"Macam-Macam Emosi Dia Rasa Masa Tu..."-Lisa Surihani

Untuk perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti akaun rasmi KRU di YouTube, Instagram, TikTok, dan Facebook.

edry abdul halimKRUNorman abd HalimYusry Abdul Halim
https://lomp.at/xvbmu
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem