Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Catatan Rekod 506,800 Rakyat Malaysia Melawat Jepun pada 2024!

Kegemaran Rakyat Malaysia terhadap Jepun Semakin Teguh

by Aphit J.
January 25, 2025
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO KL) melaporkan bahawa jumlah ketibaan pelancong di Jepun pada tahun 2024 melebihi 36 juta orang, dengan rekod tertinggi sebanyak 36,869,900 pelancong.

Peningkatan Yang Menggalakkan

Peningkatan ketibaan pelancong Malaysia juga menunjukkan angka yang menggalakkan, dengan 506,800 rakyat Malaysia melawat Jepun pada 2024, meningkat sebanyak 21.9% berbanding 415,712 orang pada tahun sebelumnya.

Pada bulan Disember 2024 sahaja, jumlah pelancong Malaysia ke Jepun meningkat sebanyak 17.8%, dengan 71,600 pelancong berbanding 60,806 orang pada Disember 2023.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuk peningkatan nilai Ringgit Malaysia berbanding Yen Jepun serta tarikan unik yang ditawarkan oleh Jepun kepada rakyat Malaysia.

Tersenarai Dalam New York Times

via Trip Advisor

Sebagai contoh, Kota Osaka dan Wilayah Toyama baru-baru ini tersenarai dalam senarai New York Times “52 Tempat yang Harus Dikunjungi di Tahun 2025”, diiktiraf kerana budaya tempatan yang unik, kecemerlangan kulinari, dan keindahan alam semulajadi.

Osaka, yang juga menjadi penganjur Ekspo 2025 di Kansai dari 13 April hingga 13 Oktober 2025, dijangka menerima 28.2 juta pengunjung.

Untuk menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat, penerbangan charter ke wilayah Tohoku dari Malaysia telah diperkenalkan sejak 2022.

Mengambarkan Hubungan Kukuh Antara Jepun Dan Malaysia

via CNN

Perkhidmatan ini memperkenalkan pelancong Malaysia kepada kekayaan sejarah dan keindahan alam Tohoku, serta layanan mesra yang ditawarkan.

Menurut Executive Director JNTO KL, Mr. Kenichiro Ozaki, mereka berbesar hati dengan minat yang semakin meningkat di kalangan pelancong Malaysia.

Peningkatan ini menggambarkan hubungan yang kukuh antara Jepun dan Malaysia, serta keinginan rakyat Malaysia untuk mengalami budaya tempatan yang autentik dan tarikan yang pelbagai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
JapanOsaka
https://lomp.at/l4y1v
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem