Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Saya Rasa Sangsi Dan Pelik”- Azrul Zaidi Pelik Isteri Along Berkali-Kali Mintak Bukti Transaksi

by Puteri Alia
January 29, 2025
87
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi, baru-baru ini mendedahkan bahawa isteri kepada pelawak Along Cham, iaitu Afreena Suhaimi, pernah menghubunginya beberapa kali untuk memohon bantuan kewangan semasa suaminya berada dalam tahanan polis.

Menurut sumber, Azrul mengakui bahawa Afreena telah menghantar mesej melalui Instagram dan memperkenalkan dirinya sebagai isteri Along. Walaupun Azrul tidak mengenali Afreena, dia menganggap permintaan itu mungkin satu luahan perasaan atau keperluan untuk meminta nombor telefon.

Namun, selepas Afreena menghubunginya di WhatsApp dan memaklumkan tentang tabung bantuan untuk kos guaman Along, Azrul mula merasa curiga. Afreena turut berkongsi kod QR untuk memudahkan sumbangan. Apa yang mengganggu Azrul adalah sikap wanita itu yang bertanya beberapa kali jika dia sudah membuat transaksi. “Dia mesej saya beberapa kali dan bertanyakan soalan sama, membuatkan saya rasa sangsi dan pelik,” kata Azrul.

Lebih mengejutkan, Azrul mendapati bahawa mesej-mesej yang dihantar oleh Afreena telah dipadam selepas pendedahan Along mengenai dana sumbangan yang didakwa tidak sampai ke tangannya. Azrul, yang ingin mencari bukti perbualan mereka, mendapati semua mesej tersebut telah hilang dari Instagram dan WhatsApp.

Azrul turut memberitahu bahawa hubungan dengan Along sudah lama renggang sejak 2016, dan kali terakhir mereka berhubung adalah semasa bertanding dalam Maharaja Lawak Mega pada tahun tersebut. Sejak itu, mereka tidak lagi berhubung. Afreena, dalam percakapan itu, memberitahu bahawa Along masih menyimpan nombor telefon Azrul, tetapi tidak pasti jika nombor lama Azrul masih aktif.

Sementara itu, Along Cham mendedahkan bahawa hampir RM100,000 yang dikutip untuk membantunya dalam tahanan polis didakwa diselewengkan oleh isterinya. Dalam pendedahan itu, Along juga menyebut pelakon Datuk Aaron Aziz antara rakan artis yang memberi sumbangan.

Isteri Dedah Along Cham Seorang 'Penagih Dadah'?-"High Setiap Masa.."

Afreena, bagaimanapun, mengesahkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan oleh seorang wanita bernama Ika yang dipercayai telah menyalurkan wang sebanyak RM95,180 untuk membantu suaminya yang sedang ditahan polis.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
Afreenaalong chamazrul zaidi
https://lomp.at/4yoi2
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem