Monday, July 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Hazreen Amreena Ketengahkan Mesej Keganasan Rumah Tangga Menerusi Yang Ku Punya

by Aphit J.
February 1, 2025
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi baharu di bawah naungan Shiha Zikir Empire (SZE), Hazreen Amreena, baru-baru ini muncul dengan single terbaharunya yang berjudul Yang Ku Punya.

Kisah Wanita Kuat

Lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita yang sangat mencintai dan taat kepada suaminya, namun pengorbanan dan kesetiaannya dipersia-siakan apabila suami tersebut berlaku curang dan melakukan keganasan rumah tangga.

Hazreen menjelaskan bahawa mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah untuk memberi semangat kepada wanita yang mengalami situasi serupa agar bangkit dan menyelamatkan diri mereka dari hubungan yang toksik.

Hasil Tangan Bersama Shiha Zikir

via Shiha Zikir Empire

Baginya, jangan takut untuk menjadi wanita yang berdikari. Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Shiha Zikir dan digubah bersama Zimi Sofazr, sementara video muziknya turut mendapat sentuhan Shiha sebagai pengarah.

Shiha juga memberi idea asal untuk jalan cerita video muzik tersebut.

Proses rakaman vokal untuk lagu ini mengambil masa sehari di studio, diikuti dengan sehari lagi untuk pembikinan video muzik.

Hazreen turut berkongsi pengalamannya bekerja di bawah naungan SZE, menyifatkan Shiha sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa memberi bimbingan yang berguna.

Seorang Yang Aktif Dalam Muzik

via Shiha Zikir Empire

Bagi Hazreen, Shiha banyak membantunya dalam nyanyian dan emosi, termasuk ketika berlakon dalam video muzik.

Sebelum ini, Hazreen telah menjuarai pertandingan SZ Talent Discover anjuran SZE dan aktif dalam bidang muzik.

Menyertai program seperti I Can See Your Voice (2023) dan Gimme The Mic Malaysia 2024, Hazreen, yang memiliki ijazah muzik dari UiTM Shah Alam, mengakui persaingan dalam industri hiburan sebagai cabaran yang perlu ditempuh.

Dengan penuh keyakinan, Hazreen berharap lagu barunya dapat diterima baik oleh pendengar dan memperkenalkan dirinya kepada lebih ramai peminat.

'Tum Tum Raya' Tonjol Kemeriahan dan Semangat Aidilfitri
Hazreen Amreenashiha zikir
https://lomp.at/fo664
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Midnight Fusic Rai 10 Tahun Dengan Konsert Perdana “Forevermore 2025”

by Aphit J.
July 13, 2025

Band alternatif popular Malaysia, Midnight Fusic, bakal mengadakan konsert perdana terbesar mereka, Midnight Fusic Forevermore 2025, pada 14 September 2025...

Read more
Musik

Hadir Dengan Nama Pentas Baru, SAMSOL Lancar Single Solo Pertama “BORAK”

SAMSOL, nama pentas baharu bagi Sam, vokalis utama kumpulan pop punk terkenal Malaysia, Bunkface, kini tampil berani sebagai artis solo...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Musik

Refresh Page Sampai Bini Dah Bersalin? Peminat MCR Kecewa

Pagi tadi sepatutnya jadi pagi yang gembira untuk peminat tegar My Chemical Romance (MCR). Yalah, dah lama tunggu mereka kembali...

Read more
by Phic ARMAN
July 11, 2025
Musik

Harga Tiket Konsert Misha Omar Cecah RM1,200! Rai 20 Tahun Karier Dengan Malam Bersejarah

MURAI baru sahaja menerima makluman rasmi daripada pihak penganjur, dan terus terpaku mendengar berita ini: Misha Omar bakal menganjurkan sebuah...

Read more
by Phic ARMAN
July 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Aina Abdul Teruja Dapat Hadir Ke Konsert Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Netizen!

Perkongsian penyanyi terkenal, Aina Abdul mencuri perhatian peminat selepas meluahkan rasa teruja apabila dapat menghadiri Konsert Biduanita Negara, Dato’ Seri...

Read more
by Naddy Joe
July 8, 2025
Hollywood

‘Malaysia, Are You Okay?’-My Chemical Romance Sah Gegar Bukit Jalil 2026 Selepas 19 Tahun Menyepi

Selepas hampir dua dekad menanti, impian peminat My Chemical Romance (MCR) di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila kumpulan rock ikonik...

Read more
by Puteri Alia
July 7, 2025
Musik

Bila, Di Mana, Harga? Akhirnya My Chemical Romance Umum Konsert Di Malaysia

OMG, ini bukan lagi khabar angin,  My Chemical Romance (MCR) officially kembali ke Malaysia. Ya, anda tidak salah baca, band...

Read more
by Phic ARMAN
July 7, 2025
Musik

Angkat Tema Pengorbanan Lelaki – LEV Lancar Single Sulung “Aku Bukan Bosan”

Kumpulan muzik baharu, LEV, secara rasmi melancarkan single sulung mereka berjudul “Aku Bukan Bosan”, yang kini boleh didengari di semua...

Read more
by Aphit J.
July 6, 2025
Musik

Malam Penuh Sejarah! Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 Bakal Gegarkan Axiata Arena

Legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir, bakal menggegarkan pentas Axiata Arena Kuala Lumpur pada 27 September 2025 jam 8...

Read more
by Aphit J.
July 5, 2025
Musik

Kolaborasi Halim & Kmy Kmo: “Layar Boneka” Suara Teguran Dalam Irama

Menyahut gelombang muzik semasa, penyanyi Halim dan rapper terkenal Kmy Kmo tampil dengan kolaborasi menerusi single terbaru berjudul “Layar Boneka”....

Read more
by Aphit J.
July 5, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem