Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

UNIQLO Perkenal Koleksi T-Shirt Menampilkan Karya Seni Pablo Picasso

by Naddy Joe
February 6, 2025
Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO baru-baru ini telah merilis koleksi T-Shirt baharu yang menampilkan rekaan oleh artis, Pablo Picasso, yang telah merevolusikan dunia seni pada abad ke-20. Koleksi baharu ini bakal tersedia dari 14 Mac 2025, akan menampilkan satu rekaan projek T-Shirt amal UNIQLO ‘PEACE FOR ALL’, dan empat rekaan T-Shirt grafik ‘UT’.

Koleksi baharu ini akan menjadi koleksi pertama sekali oleh UNIQLO yang menampilkan karya seni oleh Picasso, dan mewakili koleksi terkini jenama dengan artis terkenal seluruh dunia. Kolaborasi yang jarang ini dihasilkan melalui kerjasama Estate of Pablo Picasso, yang menyokong visi berterusan UNIQLO untuk menyumbang kepada masyarakay menjadikan dunia yang lebih baik.

Karya seni yang dipaparkan pada T-Shirt koleksi PEACE FOR ALL (kiri) adalah Bouquet of Friendship (1958), yang dihasilkan untuk demonstrasi keamanan yang diadakan di Stockholm pada tahun 1958. Semua keuntungan daripada jualan T-Shirt PEACE FOR ALL ini didermakan kepada organisasi kemanusiaan antarabangsa.

Koleksi UT akan menampilkan empat karya yang dilukis oleh Picasso pada tahun 1920-an hingga 1940-an, tempoh di mana beliau berada pada tahap paling berbeza dan kreatif. Antara karya seni yang dipaparkan adalah Dove of Peace (1949), yang menggambarkan seekor burung merpati putih sebagai simbol keamanan, yang dipilih sebagai lambang International Peace Conference yang pertama di Paris pada tahun 1949.

View this post on Instagram

A post shared by UNIQLO Global (@uniqlo)

Dengan koleksi T-Shirt PEACE FOR ALL dan UT yang baharu ini, sokongan seumur hidup Picasso terhadap mesej keamanan dunia disampaikan melalui karya-karya yang berterusan memikat hati dan minda orang ramai sehingga ke hari ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web UNIQLO.

Raikan Hari Raya Dengan Rekaan Sulaman Eksklusif UNIQLO x Bunga & Bintang
Uniqlo
https://lomp.at/1lfdx
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem