Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Anak Baby, Mak Pun Baby, Jadi Dua-Dua Pun Menangis”-Intan Najuwa Akui Hura-Hara Jaga Anak

by Puteri Alia
February 10, 2025
1.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Intan Najuwa baru-baru ini meluahkan rasa kagumnya terhadap golongan ibu yang mampu menjaga anak mereka tanpa bantuan daripada pembantu rumah. Dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok, Intan, yang juga ibu kepada bayi bernama Imane Lunara, berkata walaupun dirinya memiliki pembantu, dia masih merasakan kehidupannya agak huru-hara dan penuh cabaran.

Menurut Intan, walaupun dia mempunyai pembantu, menjaga anak tetap bukanlah sesuatu yang mudah. “Kepada semua ibu yang menjaga anak baru lahir tanpa pembantu, saya tabik sebab kalian memang kuat,” ujar pelakon berusia 28 tahun itu.

Dia mengakui bahawa dia sendiri tidak sekuat ibu-ibu lain yang berjaya menjalani tanggungjawab tersebut seorang diri. “Sejujurnya tidak sekuat kalian untuk jaga seorang diri, mungkin saya jenis mental tak kuat,” katanya lagi, sambil mengaku bahawa walaupun ada pembantu, dia sering merasa pening dengan tanggungjawab tersebut.

Tambah Intan, apabila anaknya, Imane Lunara, menangis, dia akan merasa panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. “Bila anak menangis, saya ikut menangis. Anak baby, mak pun baby, jadi dua-dua pun menangis,” kata Intan dengan jujur. Dia juga menceritakan bagaimana dia akan berasa kelam kabut ketika cuba menukar lampin Imane sambil anaknya menangis tanpa henti.

“Kadang-kadang tak tahu apa anak nak, sampai saya bercakap dengan anak, ‘Luna nak apa?'” ujar Intan, sambil menyatakan bahawa rumah mereka jadi kelam kabut seperti kapal karam terbalik setiap kali situasi itu berlaku.

Walaupun begitu, Intan bersyukur kerana dia diberi rezeki untuk mengupah pembantu yang membantunya dalam urusan harian sebagai seorang ibu. “Sebab itu saya pelik namun kagum dengan mereka yang mampu jaga anak tanpa pembantu,” katanya. Bagi Intan, ini bukan soal kekayaan, tetapi lebih kepada kesulitan yang dihadapi oleh setiap ibu dalam menjalankan tanggungjawab mereka. “Yang bantu saya ramai tetapi ini pun sudah pening dan nak gila, rambut hampir nak botak,” ujar Intan sambil berseloroh.

"Kalau Tak Suka, Jangan Tengok Susu Ibu!"-Intan Najuwa Tegur Kecam Penyusuan Ibu di Media Sosial

Intan, yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Ahmad Asraf pada 18 Ogos 2023, turut berkongsi kebahagiaannya setelah menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu. Meskipun dalam kesibukan menjaga anak, Intan tetap memandang tinggi perjuangan ibu-ibu yang berjaya menjalani kehidupan tanpa bantuan luar.

What’s your Reaction?
+1
6
+1
12
+1
8
+1
4
+1
1
+1
4
intan najuwa
https://lomp.at/3yfv1
Share558Tweet349SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem