Kalau kamu nak tahu, Shah Rukh Khan (SRK) mendedahkan dia pernah menyangka isterinya, Gauri Khan akan meninggal dunia kerana anak sulungnya iaitu Aryan Khan.
Malah dia juga menyatakan disebabkan situasi itu, SRK tidak mempedulikan Aryan dan lebih pentingkan keadaan isterinya. Nak tahu kenapa?
Dalam sebuah temu bual lama, SRK pernah bercerita tentang ketakutan terbesarnya dalam hidup dan salah satunya dia takut dengan hospital. Ini kerana ibu bapanya pernah meninggal dunia di hospital dan situasi itu berlaku sekali lagi apabila Gauri dimasukkan ke hospital.
Ketika itu SRK menceritakan, Gauri dalam proses melahirkan anak sulung mereka, Aryan Khan. Gauri dikatakan menggigil dan ketakutan selepas tahu dia perlu melakukan pembedahan caesarean (atau C-section).
Melihatkan keadaan Gauri, SRK menjadi takut dan secara tidak langsungnya dia tidak mempedulikan tentang kehadiran Aryan.
“Saya pergi bersamanya ke bilik pembedahan untuk C-section. Dan saya fikir dia akan mati dan langsung tak terfikir mengenai anak saya ketika itu. Ia tidak penting untuk saya.”
Mengetahui isterinya tidak akan meninggal dunia kerana melahirkan anak, SRK mengakui situasi itu tetap menakutkannya apabila memikirkan keadaan Gauri.
“Dia (Gauri) menggigil dan saya tahu secara logiknya dia tidak akan mati ketika melahirkan bayi. Tetapi saya berasa sedikit takut melihatnya.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.