• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Balik Raya Tak Perlu Runsing! AirAsia Umum Harga Tetap Ke Sabah & Sarawak Sempena Aidilfitri

by Phic ARMAN
February 26, 2025
Share on Facebook

Musim perayaan semakin hampir, dan AirAsia tahu betapa pentingnya untuk kita semua pulang beraya dengan keluarga tercinta. Jadi, sebagai hadiah untuk anda, AirAsia memperkenalkan tawaran harga tetap yang cukup menarik untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri 2025!

Dari 28 Mac hingga 5 April 2025, anda boleh menempah penerbangan dengan harga tetap yang sangat berbaloi. Untuk laluan antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri, tambang sehala bermula dari RM328. Bagi penerbangan ke Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau, tambang tetap yang ditawarkan adalah RM388 sehala. Harga ni memang sesuai untuk anda yang nak balik kampung tanpa perlu risau tentang tambang mahal!

Tak hanya itu, AirAsia juga menyediakan lebih 16,000 tempat duduk dengan lebih 90 penerbangan lewat malam antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Ini bermakna, anda boleh memilih waktu yang sesuai dengan jadual, dan tak perlu pening kepala pasal harga tambang yang berubah-ubah. Semua tempahan boleh dibuat terus di airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia MOVE.

Menurut Dato’ Kapten Fareh Mazputra, CEO AirAsia Malaysia,

“Kami faham betapa pentingnya untuk balik beraya. Kami komited untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat pulang dengan tambang yang berpatutan, terutamanya untuk mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak.”

Jadi, apa tunggu lagi? Tempah penerbangan anda sekarang dan nikmati suasana Hari Raya bersama keluarga tanpa sebarang tekanan. Jangan lupa, pastikan anda daftar masuk awal melalui aplikasi AirAsia MOVE, dan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan. Selamat bercuti dan selamat Hari Raya!

Dari Cebu Ke Bohol, Siquijor & Dumaguete, AirAsia Sediakan Laluan Terus Untuk Kaki Travel
airasiaairasiaXDato’ Kapten Fareh Mazputra
https://lomp.at/nnb24
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Hotel

Rahsia Pelancong Bijak: Sarapan Percuma Jadi Pilihan Utama di Asia!

by Aphit J.
October 12, 2025

Seiring dengan trend pelancongan kulinari yang semakin meningkat di seluruh Asia, satu perkara yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong...

Read more
Destinasi

Ada Apa Dengan Banjarmasin? AirAsia Buka Laluan Terus Dari Kuala Lumpur

Pernah dengar nama Banjarmasin? Kalau belum, inilah masa terbaik untuk mengenalinya. Kota yang terletak di Kalimantan Selatan ini kini boleh...

Read more
by Phic ARMAN
October 21, 2025
Destinasi

Bintulu 2026: Dari Bandar Industri ke Destinasi Pelancongan Paling Cool di Sarawak

Dahulu dikenali sebagai nadi perindustrian Sarawak, Bintulu kini muncul sebagai destinasi pelancongan yang wajib diterokai menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026....

Read more
by Aphit J.
November 16, 2025
Budaya

“Berita Baik Tok Untuk Kitak Orang Sarawak”- 5 Pengumuman Menarik Dari AirAsia Sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025

Mun kitak orang Sarawak yang lamak sik pulai, berita tok confirm buat kitak senyum sampai telinga. AirAsia sekali lagi tampil...

Read more
by Phic ARMAN
October 17, 2025
Destinasi

Tak Terfikir Begini Rupanya Honeymoon Di Arab Saudi

Honeymoon, bukan sekadar bercuti. Ini detik paling sweet dalam hidup anda, masa untuk bonding, create memori, dan feel cinta tu...

Read more
by Phic ARMAN
December 3, 2025
Jalan-Jalan

AirAsia Siap Selesaikan Isu Kecemasan EASA Dalam 24 Jam, Demi Keselamatan Penumpang

AirAsia sekali lagi menunjukkan tindakan pantas apabila berdepan arahan kecemasan daripada pihak keselamatan Eropah (EASA). Arahan itu diterima sekitar jam...

Read more
by Phic ARMAN
November 30, 2025
Destinasi

Google Bongkar Rahsia: Trend Baharu Dunia Pelancongan, Cuti Kini Tentang Jiwa, Bukan Destinasi

Dunia pelancongan sedang berubah. Menurut laporan global Why Travel? oleh Trip.com Group dan Google, pelancong kini memilih pengalaman yang lebih...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
Destinasi

Catstanbul, Kota Berbulu! Ini Cerita Kucing-kucing Istanbul Yang Jarang Orang Ceritakan

Siapa sangka, di sebalik keindahan masjid, lorong sempit bersejarah dan pemandangan Bosphorus yang memukau, Istanbul sebenarnya dikuasai oleh warganya yang...

Read more
by Phic ARMAN
December 10, 2025
Destinasi

Dari Gua Purba ke Sungai Berkelip! Ini Antara Spot Alam Malaysia yang Buat Anda Terpukau

Malaysia tersenarai sebagai salah satu daripada 12 negara megadiversiti dunia, menempatkan lebih 170,000 spesies flora dan fauna. Keajaiban Semula Jadi...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
Destinasi

AirAsia Perkukuh Hubungan Serantau Dengan Laluan Baharu ke Pontianak

AirAsia (kod AK) terus meluaskan rangkaiannya dengan pelancaran dua laluan baharu yang menghubungkan Pontianak, Indonesia dengan Kuching dan Kuala Lumpur....

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore