Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

AirAsia Perkukuh Hubungan Serantau Dengan Laluan Baharu ke Pontianak

by Aphit J.
September 13, 2025
Share on Facebook

AirAsia (kod AK) terus meluaskan rangkaiannya dengan pelancaran dua laluan baharu yang menghubungkan Pontianak, Indonesia dengan Kuching dan Kuala Lumpur.

Sambungan Terus Kuching & Kuala Lumpur ke Pontianak

Pelancaran ini mengukuhkan kedudukan AirAsia sebagai syarikat penerbangan dengan jaringan paling luas antara Malaysia dan Indonesia.

Penerbangan pertama dari Kuching ke Pontianak (AK1781) dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato’ Sri Lee Kim Shin, bersama wakil Konsul Jeneral Indonesia dan delegasi rasmi.

Ketibaan penerbangan dari Pontianak ke Kuching (AK1782) pula disambut meriah dengan persembahan kebudayaan serta kehadiran pemimpin industri dan pelancongan.

Di Kuala Lumpur, penerbangan AK491 dari Pontianak juga diraikan oleh Tourism Malaysia dan pihak pengurusan AirAsia.

Ini juga menandakan perkhidmatan antarabangsa pertama di Lapangan Terbang Supadio, Pontianak selepas pembukaannya semula pada Jun 2025.

Manfaat Ekonomi, Pelancongan dan Hubungan Sosial

via Reddit

YB Dato’ Sri Lee menyatakan bahawa laluan ini bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan dari 8 jam ke bawah satu jam, malah memperkukuh hubungan sejarah dan budaya antara Sarawak dan Kalimantan Barat.

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, YB Datuk Snowdan Lawan pula menekankan potensi laluan ini dalam membantu mencapai sasaran ketibaan pelawat sebanyak lima juta dan pendapatan pelancongan melebihi RM1 bilion sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, Puan Sharzede Salleh Askor menyifatkan laluan ini penting bagi sektor pelancongan, perubatan, pendidikan dan perniagaan, serta menyokong peranan Sarawak sebagai pintu masuk ke Borneo menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Topik Berkaitan Datang Awal Tapi Tewas di Gate: 7 Strategi Elak Terlepas Penerbangan

Komitmen AirAsia Terhadap Pasaran Indonesia

via BIMBP Niaga

Menurut CEO AirAsia Malaysia, Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Indonesia kekal sebagai pasaran utama syarikat itu, dengan Pontianak menjadi antara destinasi strategik yang disambungkan semula selepas kejayaan laluan ke Palembang.

Kini AirAsia Malaysia menawarkan penerbangan ke 18 destinasi di Indonesia termasuk Jakarta, Bali, Medan, Yogyakarta dan Labuan Bajo.

Dengan sambungan terus dari Kuching, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, AirAsia komited untuk mempertingkat akses antara negara jiran ini dengan tambang berpatutan, memacu pertumbuhan pelancongan dan ekonomi serantau secara mampan.

Jadual Penerbangan antara Kuching (KCH) dan Pontianak (PNK):

via Newsroom Air Asia

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Pontianak (PNK):

via Newsroom Air Asia
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiapontianak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  3. 3

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara