Isteri kepada aktor, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri tampil bersuara selepas ditegur netizen selepas dia umum hamil cahaya mata ketiga pada akhir Februari lalu.
Fazeera menerusi hantaran di Insta Stories, dilihat memuatnaik satu tangkap layar DM (Direct Messages) yang memaparkan netizen yang sama turut memberikan teguran terhadap kehamilan keduanya yang dikatakan ‘jarak dekat’ dengan kehamilan pertamanya itu.
“Jaga diri sis. Ini bukan pasal rezeki. Tapi badan mahu guna lama. Saya pernah mengandung jarak dekat masa bersalin, kena tumpah darah sebab tak jaga perjarakan. Ini pendapat saya sahaja.”-tulis seorang netizen di DM
Setiap Cahaya Mata Mempunyai Rezeki
Tidak berdiam diri, Fazeera menjelaskan bahawa dia percaya setiap cahaya mata mempunyai rezeki yang tiada penghujungnya.
“Sejak kehamilan kedua saya lagi awak ni sis. Berdosa ke saya yang dah bersuami ni mengandung? Kalau rezeki , takkan kita nak tolak kan.
Sekarang saya sangat-sangat percaya di setiap cahaya mata akan ada lorong rezeki yang tak berpenghujung.”-tulis Fazeera lagi
“Tak Perlu Kot Wanita Sesama Wanita Ni ‘Downkan’ Wanita Lain…”
Dalam pada itu, isteri kepada Fizo Omar ini turut menitipkan pesanan buat para wanita untuk tidak menjatuhkan sesama wanita.
“Saya rasa tak perlu kot wanita sesama wanita ni ‘down’ kan wanita lain. Sikit-sikit ‘nanti stress anak ramai dik’,ada pembantu rumah senang laa’, ‘badan mahu pakai lama’, mengandung lagi?!’, ‘suami tak kesian kat isteri ke?’.
Walaupun anda melalui bahagian paling sukar dalam perkahwinan ke, pregnancy ke, tak payah nak drag orang lain spill or spoilt into someone else’s cup.”-titip Fazeera lagi
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.